Thursday, December 25, 2008

PESANAN TOK GURU KEPADA PENGUNDI KUALA TERENGGANU

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Hj Nik Ab Aziz Bin Nik Mat, mengemukakan gurindam untuk bakal pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu (P36) sebagai panduan sebelum mengundi. Pesanan itu antara lain berbunyi:

Nak beri rasuah salah,

tak beri rasuah kalah,
akhirnya jadi serba salah,
kerana itu jom pakat undi PAS.

Beliau menyatakan perkara tersebut secara spontan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pagi tadi ketika diminta mengulas berhubung persediaan PAS mengahadpi pilihanraya kecil itu pada 17 Januari 2009.

Sebelum ini beliau pernah mengemukakan gurindam politiknya untuk dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan sebelum pilihanraya umum 1990 yang masyhur sehingga kini . Pesanan beliau antara lain berbunyi:

Beri duit ambik,
beri kain pakai,
beri gula kacau,
bila mengundi pangkah BULAN.

Dalam masa yang sama beliau turut menyampaikan salam kepada seluruh warga pengundi P36 Kuala Terengganu supaya mengundi calon PAS dalam pilihanraya kecil itu pada 17 Januari 2009.

Menurutnya, tiada sebab calon PAS perlu ditolak dalam mana-mana pilihanraya memandangkan parti PAS juga mampu melaksanakan apa yang dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional(BN).

Sunday, December 7, 2008

WACANA PERDANA

TANGGUNGJAWAB SEORANG KETUA

Ust Hj Ropein Hasan sempat menyampaikan kuliah maghrib di surau Sek Keb Bunohan. Beliau selaku Ketua Pemuda merangkap Pengarah Banjir DUN Pengkalan Kubor amat berbangga dengan prestasi petugas banjir kerana dapat istiqamah dalam tugasan walaupun bukan dalam musim pilihanraya. Tanggungjawab dan amanat yang rakyat ingin tengok harus dikekalkan sampai bila-bila.


Tuesday, December 2, 2008

LAWATAN KP DPPKT KE PUSAT-PUSAT PEMINDAHAN BANJIR































2 Dis 2008, Sekolah Kebangsaan Bunohan-Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat yang diterajui oleh Al-Fadhil Ust Hj Ropein Hasan, hari ini telah mengadakan satu lawatan ke pusat-pusat pemindahan banjir iaitu SK Bunohan, SK Peng Kubor 2 dan SK Dalam Rhu. Disamping untuk menziarah mangsa banjir, beliau sebagai Timbalan Pengarah MTD Pengkalan Kubor serta Ketua DPPKT sempat meyampaikan sedikit sumbangan kepada petugas yang bekerja keras menyelia pusat-pusat pemindahan banjir.

Keadaan dipusat-pusat pemindahan banjir tahun ini berbeza sebagaimana tahun lepas kerana melihat dari sudut berebut untuk mendapatkan hak tidak berlaku. Mungkin disebabkan pada tahun lepas suasana dekat dengan pilihanraya. Itulah hakikat sebenar, pihak yang mana sentiasa menjaga kebajikan orang ramai, bukan untuk tujuan meraih sokongan sahaja tetapi sebagai tanggungjawab.

Justeru itu juga, DPPKT mengambil langkah terawal dalam mengadakan sesi lawatan atau cakno kepada masalah yang berlaku kepada masyarakat.




















Lokasi kedua yang dilawati ialah Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2. Di pusat ini lebih kurang 100 orang mangsa banjir yang selamat dipindahkan. Beliau juga sempat bertanya khabar petugas-petugas banjir yang bertugas mengikut giliran masa yang telah ditetapkan.


Sekolah Kebangsaan Dalam Rhu merupakan tempat ketiga yang dilawati oleh KP DPPKT. Disana juga, beliau sempat bertanya khabar serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada petugas-petugas banjir terutamanya petugas dari parti PAS yang dapat menjalankan tugas mengikut arahan pimpinan. Seramai lebih kurang 100 orang lebih mangsa banjir yang ditempatkan di sini.

Thursday, November 27, 2008

Kontroversi Pengharaman Yoga Perlu Penyelesaian

Oleh Abdul Rahman Sulaiman

Salah faham keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan hendaklah diperjelas elak timbul masalah antara agama. KEPUTUSAN Majlis Fatwa Kebangsaan, Sabtu lalu mengharamkan senaman yoga di kalangan penganut Islam jelas menimbulkan kontroversi yang kalau tidak diselesaikan segera bukan saja boleh mengelirukan masyarakat Islam, malah menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Berdasarkan polemik yang menyusul, adalah jelas bahawa pengumuman itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan beberapa pihak. Pihak istana, misalnya, tampak terkilan kerana keputusan itu tidak terlebih dulu dirujuk kepada Majlis Raja-Raja sebelum diumumkan kepada orang ramai, sedangkan hal ehwal agama pada peringkat negeri tertakluk di bawah bidang kuasa Sultan.

Segelintir badan bukan kerajaan (NGO) yang didukung orang Islam pula mempertikaikan fatwa berkenaan atas alasan bahawa yoga yang mereka jadikan satu bentuk senaman yang baik untuk kesihatan dan tidak mengandungi unsur yang bertentangan dengan Islam. Sementara itu, beberapa individu Islam yang terbabit dengan pengajaran atau amalan yoga mendakwa senaman yang mereka amalkan tidak mengandungi aspek pemujaan atau manetra yang didakwa oleh Majlis Fatwa.

Di kalangan orang bukan Islam, terutama penganut Hindu pula, ada yang menganggap fatwa itu sebagai penghinaan terhadap agama mereka. Adalah jelas bahawa ketidakpuashatian terhadap fatwa berkenaan di kalangan penganut bukan Islam disebabkan kejahilan mereka terhadap agama Islam.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dilaporkan menitahkan Jawatankuasa Fatwa Negeri mempertimbangkan secara terperinci berhubung aktiviti yoga di negeri itu. Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak bertitah, sebarang keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri itu kemudian hendaklah dibawa kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sebelum itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga mahu Majlis Fatwa Kebangsaan merujuk sebarang keputusan kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapat perkenan sebelum diumumkan kepada orang ramai. Salah faham di kalangan orang Islam yang mengamalkan yoga jelas kelihatan apabila mendakwa bahawa senaman yang mereka amalkan tidak mengandungi manetra atau apa-apa ritual keagamaan yang boleh menjejaskan akidah. Sebaliknya, mereka mendakwa bahawa kegiatan itu berkesan meredakan pelbagai jenis penyakit, mengurangkan tekanan serta memberikan mereka ketenangan jiwa serta melatih mereka fokus ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Kononnya mampu menjadikan mereka lebih khusyuk ketika solat.

Perlu diingat bahawa dalam kenyataannya Majlis Fatwa Kebangsaan menyebut yoga yang diharamkan itu ialah 'amalan yoga secara sistematik yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan.' Di sini timbul soalan: apakah yoga yang diamalkan di negara ini bukan yoga yang sistematik yang menurut konsep asalnya adalah satu bentuk meditasi dan memang berkait dengan amalan agama? Apakah ada konflik antara konsep dengan amalan. Kalau yoga yang diamalkan di negara ini semata-mata gerakan senaman dan langsung tiada kaitan dengan konsep asal, apa pula hukumnya?

Mungkin dalam hubungan ini apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu ada persamaan dengan satu gerakan seni silat yang dikenali dengan Nasrul Haq yang diharamkan pada 1970-an lalu. Meskipun pada tahap awal pengajaran seni mempertahankan diri itu didapati tiada sebarang kesalahan dari segi agama, konflik timbul apabila seseorang pelajar sudah menguasai seni tersebut sepenuhnya sehingga mereka mampu menumbangkan musuh tanpa menyentuh musuh berkenaan secara fizikal. Pengikut silat yakin kehebatan itu adalah mukjizat yang dianugerahkan Allah SWT kepada mereka kerana tidak meninggalkan solat, sedangkan semua orang tahu bahawa lebih ramai ulama yang lebih taat bahkan Rasulullah sendiri tidak pernah diberikan mukjizat sedemikian. Akhirnya pengikut Nasrul Haq menjadi sombong, riak dan takbur.

Pengamal yoga juga mungkin boleh jadi begitu pada kemuncak pengembaraan mereka apabila mereka merasakan diri dan roh mereka sudah bersatu dengan Tuhan. Wallahualam. Bagi penganut bukan Islam yang mengkritik fatwa berkenaan, mereka perlu menerima hakikat bahawa fatwa yang dimaksudkan itu untuk orang Islam saja. Mereka yang bukan beragama Islam tidak tertakluk dengannya.

Seperkara yang harus difahami ialah istilah 'haram' yang diguna pakai di sini adalah dalam konteks agama. Ia berbeza dengan kegunaan biasa dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, judi diharamkan dalam Islam tanpa mengira sama ada ia dilesenkan atau tidak. Tetapi dalam konteks kegunaan bahasa harian, judi berlesen dibolehkan. Yang dianggap haram cuma judi yang dikendalikan oleh operator tidak berlesen.

Untuk pengetahuan penganut bukan Islam, dalam Islam ada empat hukum asas yang menjadi pegangan orang Islam dalam kehidupan harian mereka, iaitu halal, haram, makruh dan harus. Perkara atau perbuatan yang halal adalah yang dibenarkan oleh syarak. Yang haram adalah yang dilarang sama sekali dan jika dilakukan jua, orang yang melakukannya berdosa. Perkara yang makruh pula ialah sesuatu yang diberikan ganjaran pahala jika ditinggalkan tetapi tidak berdosa jika dilakukan sementara yang harus pula tidak membawa apa-apa implikasi sama ada dilakukan atau elakkan.

Apa pun, seperti yang dijelaskan di atas tadi, kekeliruan dan salah faham berhubung fatwa mengenai yoga itu perlu diselesaikan segera. Polemik berterusan berhubung isu ini walaupun dari satu segi boleh dianggap positif kerana ia menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia kini lebih terbuka dan tidak mudah menerima sesuatu yang disogokkan kepada mereka secara bulat-bulat tanpa penjelasan yang meyakinkan tidak akan banyak mendatangkan faedah. Banyak isu lain yang memerlukan tumpuan sepenuh masa setiap pihak seperti krisis ekonomi global yang sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan rakyat tempatan serta kegawatan politik semasa.

Mungkin ada baiknya pihak berkuasa agama atau Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri mengambil inisiatif memberi penjelasan lebih konkrit, menyeluruh dan meyakinkan setiap rakyat, tanpa mengira fahaman agama masing-masing. Ini juga satu kegiatan dakwah. Peluang yang ditawarkan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkaitan untuk menjelaskan isu berhubung amalan dan pengharaman yoga di RTM dan agensi lain di bawah kementeriannya boleh dimanfaatkan.


Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama
Dipetik dari Berita Harian

Saturday, November 15, 2008

SELAMAT KEBERANGKATAN KEPADA BAKAL HAJI 2008

Assalamualaikum wm wb

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat mengucapkan "SELAMAT KEBERANGKATAN KEPADA BAKAL-BAKAL HAJI".

Semoga akan mendapat Haji yang MABRUR.

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM 2008

Assalamualaikum wm wb

Saya Hj Ropein Hasan, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat serta semua Exco DPPKT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM" kepada semua pelajar di Kawasan Tumpat sama ada dari Sekolah YIK atau Sekolah Kementerian.

Semoga dapat menjawab soalan dengan penuh keyakinan serta Selamat Berjaya.

Sunday, November 9, 2008

KEJOHANAN FUTSAL MAHABBAH PIALA KP 2008

Tarikh : 7 November 2008 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Futsal Kg Tal 7
Kejohanan dimulakan dengan solat Isya' berjemaah

KP Kawasan mengambil bahagian dalam kejohanan ini

YB KP Negeri dan YB ADUN Wakaf Bharu tidak ketinggalan untuk bersama memberi sokongan kepada setiap anak buah masing-masing

Ukhuwwah yang dijalinkan melalui sukan dapat dirasai oleh setiap pasukan

Pimpinan yang hadir bersama menjayakan program pemuda

Ucapan Aluan KP Kawasan

Sedikit ucapan ringkas daripada YB KP Negeri

Pasukan Kelaboran A sebagai Johan

AJK DPPKT bergambar kenang-kenangan bersama pimpinan

Tuesday, November 4, 2008

MAJLIS PELANCARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU KE SEKOLAH UGAMA YIK










2 November 2008, Morak - Pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan merangkap ADUN Pasir Pekan. Ucaptama oleh YB Al-Fadhil Ust Mohd Amar Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan bertempat di SMUA Bustanul Saadah.

Wednesday, October 29, 2008

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA PARLIMEN TUMPAT

28 Syawal, Isnin - Majlis sambutan hari raya Parlimen Tumpat pada tahun ini diraikan dengan cukup meriah sekali.

AJK Pemuda Kawasan Tumpat yang diketuai oleh Al-Fadhil Ust Hj Ropein Hasan ditugaskan sebagai penyambut tetamu. Dijangkakan seramai lebih 10 ribu orang diseluruh pelosok parlimen tumpat yang hadir untuk menikmati juadah dan jamuan yang disediakan serta tidak kurang juga yang datang untuk bertemu mata dengan pemimpin rakyat, YB Dato' Hj kamaruddin Jaafar dan juga pimpinan yang lain.

Antara pemuda yang bertugas ialah Pemuda DUN Pengkalan Kubor ditugaskan dikhemah penyediaan air minum manakala Pemuda DUN Wakaf Bharu ditugaskan untuk mempastikan air basuh tangan sentiasa mencukupi. Sementara Pemuda DUN Kelaboran dan Pasir Pekan, masing - masing ditugaskan sebagai bentara(jo kako) yang mana bidang tugas bagi mempastikan bekalan nasi dan lauk mencukupi kepada tetamu yang hadir.

Majlis dijangka berakhir lebih kurang jam 3.00 petang.



Sunday, October 5, 2008

HULUR BANTUAN, RINGANKAN BEBAN

29 Ramadhan 1429, Kg Pengkalan Nangka - Di saat-saat akhir Ramadhan ramai yang bergembira untuk menyambut hari raya. Namun ada dikalangan mereka yang dilanda duka.

Bagi Anak arwah Puan Norazan, raya tahun ini tidak memberi erti kepadanya serta adik-beradik mereka kerana Ibu mereka telah dipanggil Allah justeru ditimpa pokok kayu tepi jalan. Arwah ibunya mati ditempat kejadian akibat daripada mendapat kecedaraan yang parah di kepala.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat, Al-Fadhil Ust Hj Ropein Hasan, usaha untuk membantu masyarakat seumpama ini harus diketengahkan demi meringankan beban mangsa-mangsa yang malang seumpama dengannya.

Mungkin dengan bantuan yang dihulurkan, keluarga mangsa dapat berkongsi kegembiraan di hari raya yang akan disambut pada sehari dua lagi.


Wednesday, September 24, 2008

Ijtima' Aidulfitri MSK 2008


Tempat:
Dewan Besar Balai Islam

Tarikh:
3 Syawal 1429H @ 3 Oktober 2008 (Jumaat)

Masa:
8.00pagi - 12.00tgh

Sasaran:
1,000 orang tetamu jemputan
(Mahasiswa & Siswazah)

Anjuran:
Markaz Siswazah Kelantan (MSK)
Dengan Kerjasama
J/K Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan.

VVIP:
Tuan Guru Menteri Besar Kelantan,
YAB TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

VIP:
Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & Ngo Negeri Kelantan,
Exco Pendidikan & Dakwah Negeri Kelantan,
Senator Mumtaz Mat Nawi

PROGRAM KEBAJIKAN DITERUSKAN DALAM RAMADHAN AL-KARIM

23 Ramadhan 1429, Selasa - Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan dalam merealisasikan PAS adalah parti berkebajikan telah mengadakan kunjungan kebajikan kepada sebuah keluarga di Belakang Masjid Kg Kok Keli yang ditimpa musibah.

En Ab Aziz Ismail yang sudah lebih 3 bulan tidak dapat mencari nafkah kepada keluarganya kerana beliau terjatuh dari bumbung ketika melakukan kerjanya sebagai tukang rumah. Beliau kini yang hanya mampu menagih simpati daripada saudara-saudara seagama bagi membantu sedikit sebanyak kesusahan yang dialami tambah lagi isteri beliau pun sudah 6 tahun lebih mengalami stroke.

Justeru sumbangan yang dihulurkan oleh Ketua DPPKT, Ust Hj Ropein Hasan mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga En Ab Aziz sekeluarga dalam persiapan menyambut hari lebaran nanti.

Friday, September 19, 2008

Syed Azidi ditahan reman 2 hari

Mohd Nor Yahya
Thu | Sep 18, 08 | 4:44:30 pm MYT

KOTA BHARU, 18 Sept (Hrkh) - Penulis bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapat perintah penahanan reman. Beliau direman dua hari bermula semalam.

Iklan




Beliau ditahan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan. Syed Azidi kelihatan tersenyum ketika keluar dari mahkamah kira-kira jam 1.15 tengahari dengan kedua-dua tangan bergari.

Turut kelihatan di mahkamah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang juga anggota Exco kerajaan negeri. Image

Selain itu, isterinya, Bariah Ishak, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani dan beberapa rakan lain.

Syed Azidi ditahan di rumahnya petang semalam setelah didatangi beberapa anggota polis berpakaian biasa sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Difahamkan beliau ditahan berdasarkan artikel disiarkan dalam blognya kickdefella.worldpress.com yang dipercayai berbaur hasutan.

Beliau bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Korporat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Husam berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan peguam sekiranya Syed Azidi dibawa ke Kuala Lumpur hari ini.

Berdasarkan kepada perkembangan itu, beliau berkata, kerajaan BN kini berada dalam gelisah sehingga ada wartawan dan penulis blog ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan.

"Saya yakin ini adalah tindakan mahu menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan langkah ini digunakan untuk menakut-nakutkan blogger.

Image"Sedangkan dalam isu penahanan Teresa, azan dimanipulasikan media pro Barisan Nasional, namun mereka tidak diambil sebarang tindakan, sebaliknya Teresa pula ditahan di bawah ISA," ujar beliau.

Beliau juga berkata, Malaysia akan dicap melanggar perjanjian dunia berkenaan dasar langit terbuka.

"Saya berpendapat penulis blog boleh disiasat secara lebih elok dan mereka akan memberi kerjasama sekiranya diminta pihak berkuasa tanpa perlu mengunakan cara yang lebih keras kerana ia boleh mencemarkan imej negara.

"Sikap toleransi yang lebih luas sepatutnya diamalkan kerajaan di saat berlakunya kekalutan sekarang," katanya.

Sepatutnya tukar Najib jadi PM dan Pak Lah jadi TPM







Rizal Tahir
Thu | Sep 18, 08 | 3:40:24 pm MYT

KOTA BHARU, 18 Sept (Hrkh) - "Kalau mahu buat pertukaran sepatutnya, Najib Tun Razak jadi Pendana Menteri (PM), manakala Abdullah Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM)."

Iklan




Begitu menurut kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, sewaktu diminta mengulas pertukaran portfolio jawatan antara PM dan juga TPM.

"Kalau Pak Lah mahu melambatkan kejatuhannya dengan pertukaran tersebut ianya tidak berkesan.

"Kalau mahu juga buat pertukaran, saya cadangkan supaya Pak Lah jadi TPM manakala Najib menjadi PM," katanya.

Sementara itu sewaktu mengulas penangkapan blogger Kickdefalla, Husam berkata, kerajaan pusat sekarang terdesak mengunakan pelbagai akta untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Kalau dah lemah mengaku sahaja lemah, jangan mengunakan kuasa kuku besi untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Lalat dan langau pun disangkakan gajah, ini menunjukkan kerajaan sekarang bergitu lemah," ujarnya.

Kickdefella, atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Aziz, ditahan di rumahnya di Kampung Demit Kubang Kerian pada pukul lima petang semalam di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

TADARRUS AL-QURAN & IFTHOR JAMAEI PERINGKAT PEMUDA DUN PASIR PEKAN

18 September, Khamis - Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat(DPPKT) dengan kerjasama Pemuda DUN Pasir Pekan telah mengadakan Program Tadarrus Al-Quran & Majlis Berbuka Puasa. Program ini diketuai oleh Ust Aubaidillah Yusof selaku Ketua Pemuda DUN Pasir Pekan merangkap Setiausaha DPPKT.

Majlis yang diadakan di Surau Kg Kepulau itu telah dihadiri oleh semua lapisan masyarakat. Dengan kehadiran golongan pemuda, muslimin, muslimat serta masyarakat setempat sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis ialah YB Dato' TMB selaku ADUN Pasir Pekan, YB Mohd Zaki Ibrahim selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan,Timbalan Ketua serta jawatankuasa Pemuda Kawasan, Ketua dan jawatankuasa Pemuda DUN Pasir Pekan serta pemuda setiap cawangan dalam DUN Pasir Pekan.

Sunday, September 14, 2008

PROGRAM SINGGAH BERBUKA DPPKT 08

13 Ramadhan 1429(Sabtu) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat hari ini berjaya mengadakan Program Singgah Berbuka 2008. DUN Pengkalan Kubor menjadi pilihan untuk menjayakan program tersebut. Lokasi yang dipilih ialah Kg Kedai Geting dan Kg Raja.


Seramai lebih kurang 40 orang petugas mengambil bahagian dalam kembara sepetang bersama Penyelia DUN Pengakalan Kubor, Ust Hj Wan Jamil Wan Mahmood serta Ketua Pemuda, Ust Hj Ropein Hasan.


Rombongan yang diketuai oleh Ust Hj Wan Jamil Wan Mahmood dibawa ke Kg Kedai geting untuk menyampaikan sumbangan barangan dapur dan zakat kepada seramai 20 orang penerima yang telah dikenal pasti. Begitu juga rombongan yang diketuai oleh Ust Hj Ropein Hasan dibawa ke Kg Raja untuk tujuan yang sama.


Rata-rata penerima amat berterima kasih diatas sumbangan yang dihulurkan kerana bagi mereka pembelaan yang dilakukan oleh pimpinan PAS jelas serta ikhlas walaupun idah pilihanraya belum lagi tiba. Namun demikian sumbangan yang dihulurkan dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan untuk penyediaan sambutan hari raya nanti.


Diakhir program ini, semua kedua rombongan sempat mendengar ucapan aluan yang disampaikan oleh Ust Hj Ropein Hasan selaku Ketua Pemuda dan sedikit taujihad yang disampaikan oleh Ust Hj Wan Jamil Wan Mahmood selaku Pengerusi Tarbiyyah.


Semoga program kebajikan seumpama ini akan sentiasa mendapat perhatian daripada seluruh pimpinan PAS di Kawasan Tumpat dan ia akan berterusan sampai bila-bila.

Wednesday, September 10, 2008

TADARRUS AL-QURAN & IFTHOR JAMAEI PAS KAWASAN TUMPAT 2008

  • 9 Ramadhan 1429 / 9 September 2008 (Selasa)
  • Masjid Ismaili, Bandar Tumpat
  • YAB Tuan Guru Dato' MB sedang menyampaikan tazkirah

Tuesday, September 9, 2008

TADARRUS AL-QURAN & IFTHOR JAMAEI PERINGKAT PEMUDA DUN KELABORAN


  • 8 Ramadhan 1429 / 8 September 2008 (Isnin)
  • Masjid As-Syakirin, Kg Dalam Rhu Hujung
  • Turut Hadir: YB Mohd Zaki Hj Ibrahim (ADUN Kelaboran), AJK Pemuda DUN Kelaboran dan MTD Kelaboran

Monday, September 8, 2008