Thursday, March 26, 2009

DI HARI KEMATIAN AYAH AJK DPPKT

Ketua dan seluruh Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat merakamkan TAKZIAH kepada saudara Ab hamid Jusoh serta keluarga di atas kematian ayahnya pada 23 Mac 2009(Isnin) kerana kemalangan jalanraya di kilometer 7 jalan Tumpat-Wakaf Bharu berhadapan kedai kopi Wan Zainal lebih kurang jam 10.30 malam.

Emak Sdr Ab Hamid masih lagi sempat memberi senyuman kepada KP DPPKT, Ust Hj Ropein ketika rombongan DPPKT menziarahinya di Hospital Tumpat pada malam kejadian

Ust Hj Ropein juga sempat bertemu mata dengan ayah kepada mangsa kemalangan yang sama pada malam kejadian.





Solat jenazah ayah Sdr Ab Hamid AJK DPPKT

Thursday, March 5, 2009

HIMPUNAN RAKSASA 100 RIBU RAKYAT

HIMPUNAN RAKSASA 100 RIBU RAKYAT
membantah
Pengajaran Sains & Matematik
dalam Bahasa Inggeris


Tarikh : 7 Mac 2009

Hari : Sabtu

Jam : 2.00 petang

Tempat : Depan Istana Negara, KUALA LUMPUR.

Pakaian : Warna Merah-Putih


Orang Ramai di Jemput Hadir

YAB TUAN GURU DATO' MB MENGIMAMI SOLAT JENAZAH YDP TUMPAT

28 Feb 2009: Pasir Pekan - "Setiap yang hidup pasti akan menemui mati"... YAB Tuan Guru Dato' MB ketika tiba di Perkarangan Masjid Pasir Pekan dalam rangka menziarahi jenazah Allahyarham Ust Hj Wan Mohd Jamil Wan Mahmood serta akan mengimami solat jenazah tersebut.

Kelihatan YAB Tok Guru amat sugul sekali dengan pemergian sahabat seperjuangan yang mana sejarah Allahyarham ketika PAS belum menjadi kerajaan, sanggup berkorban harta, jiwa dan raga dalam liku-liku perjuangan.

Jatuh bangun parti PAS ketika itu, dipikul bersama demi mempertahan kesucian perjuangan Islam dalam menegakkan syariat Allah dibumi Kelantan ini.

Marilah kita semua sama-sama mendoakan roh Allahyarham supaya Allah golongkan bersama golongan orang-orang soleh. Amin...