Sunday, June 28, 2009

Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!


KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh)
- Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.

"Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

"Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen.

"Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

"Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak.

"Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya. - mks._

Pilihanraya Perak Selepas Manek Urai?

Pilihan Raya Kecil Negeri Perak dijangka akan berlaku selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai, demikian kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, lapor harakahdaily.

“Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai nilmu pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Harakah di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Beliau merupakan Pengarah JPP yang baharu sahaja dilantik selepas pemilihan jawatankuasa PAS Pusat pada Muktamar ke-55 yang lalu.

Menyentuh isu persiapan, ujarnya JPP akan meneliti dari segi ‘finding’ yang perlu dilakukan lebih awal agar ia tidak sekadar menjadi ‘ad hoc’ semata-mata.

Di Perak katanya pada pilihan raya umum yang lalu, PAS telah bertanding 21 kerusi dan hanya menang enam.

Namun ujar Ustaz Halim, ada beberapa kerusi lagi PAS kalah bawah 1500 undi, justeru kerusi-kerusi ini akan difokuskan.

“Kita kalah tipis dalam 10 kerusi. Jika boleh menang 6 lagi, boleh jadi 16 kerusi, di bawah 1500.

“Dalam PRK Bukit Gantang apa yang kami lihat ialah jentera di peringkat kawasan di sana tak begitu bermaya, kerja pilihan raya tidak berjalan dengan baik jika tiada bantuan negeri dan kawasan susahlah, kita kena melihat itu,” katanya.

Begitupun jika diadakan pilihan raya kecil di Perak, Ustaz Halim yakin PAS akan menang lebih kerusi berbanding sekarang.

Tetapi katanya gerak kerja perlu dicantumkan dengan politik dan strategi dengan mengemuka calon bukan Islam dan taktikal strategi dengan soal wang semua perlu disiapkan.

“Selepas Manik Urai kita akan turun di Perak,” ujarnya ringkas

Tuesday, June 23, 2009

PELANCARAN HIMPUNAN PEMUDA UPU TEMALIR


20 JUN 2009 (SABTU)
5.00 PETANG
UPU TEMALIR, MANEK URAI

Petugas Pembantu Daripada DPPKTumpat
Dan Petugas UPU Temalir


Shoff Kepimpinan Peringkat Negeri,
Kawasan Dan UPU


Majlis Dipengerusikan Oleh Ketua Penerangan DPPKTumpat


Majlis Pelancaran Disempurnakan Oleh YB Ust Ab Latiff Ab Rahman,
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan


Acara Penyerahan Panji-Panji Pilihanraya Kepada
Ketua DPPNK-DPPKK-Ketua UPU Temalir


Bacaan Ikrar Dan Doa Wehdah Daripada Pimpinan


Bacaan Ikrar Dan Doa Wehdah Daripada Semua Petugas
PRK N41 Manek Urai


Kelihatan Ketua Penerangan PAS Kawasan Tumpat
Turut Serta Dalam Majlis Ini


Monday, June 22, 2009

TIADA LAGI KERAJAAN PERPADUAN:-MAJLIS PRESIDEN PR

KUALA LUMPUR, 22 Jun : - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, Pakatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.
"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.Majlis pimpinan


Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

Friday, June 19, 2009

YB MOHD ZAKI IBRAHIM ADUN KELABORAN SU PAS KELANTAN


YB Mohd Zaki Ibrahim Adun Kelaboran dan Timbalan Speaker Dun Kelantan yang merupakan bekas Ketua Pemuda Kelantan diberi kepercayaan oleh YAB Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat sebagai setiusaha Perhubungan Pas Kelantan yang baru .Beliau menggantikan YB Dato Takiyuddin Hassan.YAB Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kesemua jawatan utama di Perhubungan PAS Kelantan kekal kecuali setiausaha .Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Dato' Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya III, Dato' Mohd Amar Abdullah. Bendahari, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahamd Baihaki Atiqullah. Manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Haji Abdul Fatah Harun."Hari ini mesyuarat yang pertama penggal baru dan saya masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan," katanya.Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan , merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Pesuruhjaya melantiknya sebagai setiausaha baru PAS Kelantan

Sunday, June 14, 2009

Sokong kerajaan perpaduan belakangi kuasa Mursyidul Am PAS - Nik Aziz

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai "boneka Umno".Nik Aziz turut menegaskan pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya."Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru-baru ini membidas sesetengah pemimpin PAS yang masih mempertahankan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak menyertai kempen parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihan raya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.."Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihan raya DUN Manik Urai kali ini," katanya. - BERNAMA

Saturday, June 13, 2009

IBRAHIM ALI SEMAKIN MENGGILA










Semakin melalut nampaknya Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali (dalam bahasa Kelantan, ia disebut 'borak' dengan sabdu pada 'b'). Sikap sebenar beliau terhadap PAS, parti yang memberi laluan selesa kepadanya memenangi kerusi berkenaan dalam pilihan raya lalu, semakin dizahirkannya.


Kalau sebelum ini segala luahannya diterima sekadar teguran dan kritikan ikhlas terhadap kepimpinan parti dan kerajaan negeri Kelantan, kini nadanya sudah berubah menjadi kutukan dan penghinaan.


Beliau memang terkenal seorang pemimpin yang lantang menyuarakan sikap dan pendapatnya. Kelantangannya mutakhir ini bagaimana pun sudah terbabas jauh melangkaui batasan toleransi, terutama oleh para penyokong PAS. Butir cakapnya kini malah lebih layak disebut keceluparan.


Kritikan yang lebih berupa kutukan terhadap PAS, terutamanya kepimpinan kerajaan Kelantan sudah di luar kewajaran sebagai seorang yang mahu membina parti dan kerajaan. Beliau malah lebih sesuai dilabelkan sebagai alat propaganda dan senjata Barisan Nasional (BN).


Apa lagi yang belum dibuatnya bagi membuktikan sikapnya yang sangat bertentangan dengan PAS? Di dalam persidangan Parlimen, beliau bukan sekadar memilih untuk bertegang leher dengan wakil PAS, malah mengeluarkan kata-kata kesat dan nista terhadap mereka.


Di dalam banyak kenyataannya sebelum ini pun, Ibrahim sudah acapkali melabelkan PAS dan Pakatan Rakyat dengan berbagai nama. Terbaru ialah label hipokrit yang diucapkannya terhadap parti-parti yang membantunya sebelum ini dalam kes pergolakan politik di Perak.


Kenyataannya penuh sinis memperlekeh kepimpinan PAS di Kelantan sudah semakin lumrah. Sudah banyak pihak yang hangat hati terhadap perbuatannya. PAS Kelantan, khususnya di kawasan Pasir Mas, memberikan reaksi munasabah menuntut Ibrahim lebih rasional dalam ucapan dan tindakannya.


Malah ada pihak yang mendesak beliau mengundurkan diri dan memulangkan hak menentukan nasib politiknya kepada rakyat. Dalam erti kata lain, Ibrahim secara bermaruah dituntut melepaskan jawatan Ahli Parlimen Pasir Mas dan dicabar bertanding atas tiket Bebas atau parti lain bagi membuktikan pengaruhnya benar-benar kuat di kawasan berkenaan.


Namum, bagai diduga setiap pihak yang mengenali beliau, segala teguran, kritikan dan desakan itu tidak pernah dihiraukannya. Ibrahim ibarat seorang pekak dan tuli yang tidak langsung mendengar bantahan dan kemarahan rakyat yang mengundinya dalam pilihan raya lalu.


Beliau terus mengutuk PAS dan memperlekeh kerajaan Kelantan. Skrip sama diulang suara Isnin (1 Jun). Kerajaan Kelantan didakwanya gagal menyediakan pelan tindakan bagi membangunkan segala sumber semula jadi di negeri itu secara terancang, meski pun telah memerintah hampir 20 tahun.


Katanya, dalam tempoh itu, kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya mampu menjana pendapatan RM300 juta setahun sedangan kekayaan alam semula jadi boleh dieksploitasi bagi menjana pendapatan lebih besar.


"Ia bukan satu pencapaian sebaliknya satu kegagalan... seolah-olah ada satu sikap eskapisme dengan sepanjang masa berpolitik, berceramah siang dan malam dengan selalu menyalahkan Kerajaan Pusat bagi menutup apa yang tidak upaya dilakukan," katanya.


Ibrahim menyenaraikan beberapa pemerhatiannya mengenai kegagalan itu. Antaranya disebutkan kerajaan Kelantan jarang mengadakan seminar mengenai peluang-peluang pelaburan di negeri itu. Dikatakan juga, kerajaan negeri tidak ada inisiatif menarik pelaburan dari luar negara.


Kerajaan Kelantan turut didakwa gagal mengeksploitasi sepenuhnya kepelbagaian bentuk muka bumi negeri sebagai destinasi pelancongan.


Beliau turut membayangkan seolah-olah kepimpinan ulama (Tok Guru sebagai Menteri Besar) terhad kepada soal keagamaan sahaja menyebabkan kehidupan rakyat semakin melarat tanpa kemajuan.


Katanya lagi, tidak ada peluang pekerjaan di Kelantan selain berkhidmat dengan sektor awam semata-mata. Hal itu menyebabkan sebanyak 60,000 penduduk negeri itu terpaksa berhijrah mencari pekerjaan.


"Ini teguran, kita bukan bercakap buta tuli dan tanpa akal," simpul Ibrahim.


Meneliti hujah dan fakta diberikan Ibrahim itu, sukar dinafikan bahawa itulah juga hujah dan fakta yang sering termuat dalam propaganda BN memburukkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS.


Kelantan sudah sekian lama diratib sebagai sinonim dengan kemunduran, kelembapan ekonomi, ketiada peluang pekerjaan, penghijrahan penduduknya, kegagalan itu dan ini.


Namun, di sebalik segala serangan dan usaha pemburukan itu, masyarakat umum dapat melihat kemakmuran negeri, kemajuan ekonomi, pembangunan pesat di sana-sini, berserta keselesaan rakyatnya meneruskan penghidupan.


Dalam hal ini, penulis teringat ucapan sangat bernas oleh Almarhum Ustaz Bunyamin Yaacob. Tidak syak lagi bekas Ahli Parlimen Bachok dan Pegawai Penerangan PAS Kelantan itu adalah pemidato dan pengulas politik yang sangat pintar dalam hujahnya. Pemergiannya sukar digalang ganti dalam kelasnya yang tersendiri.


Almarhum Ustaz Bunyamin dalam penghujahannya mematahkan serangan dan kutukan BN terhadap kerajaan Kelantan sering mengajak hadirin melihat dan menilai sendiri sejauh manakah kebenaran hujah dan fakta dikemukakan BN itu.


Setelah disyarahnya dengan panjang lebar dan disenaraikannya satu persatu kepalsuan hujah musuh itu, Almarhum akan menyimpulkan, "sekiranya masih ada orang yang kata Kelantan tidak membangun, tidak maju, orang Kelantan sesak (miskin), hidup susah,orang itu sama ada buta (tak dapat melihat) atau tuli (tidak dapat mendengar kebaikan dan kemajuan di bawah kerajaan PAS)".


Kini, antara orang yang giat mengulangi hujah dan fakta basi dilaungkan BN sejak hampir dua dekad lalu itu ialah Ibrahim Ali. Apakah beliau juga termasuk dalam kategori manusia 'buta' dan 'tuli' sebagaimana disebutkan Almarhum Ustaz Bunyamin itu? -


sumber : harakahdaily


Thursday, June 11, 2009

Keputusan pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat 2009-2011







Keputusan rasmi AJK DEWAN PEMUDA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011 sebagaimana yang diumumkan adalah seperti berikut:-

PENGERUSI TETAP
Misbahul Munir Masduki (MTB)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Aris Awang (MTB)

KETUA
Nasrudin Hassan (MTB)

TIMBALAN KETUAAzman Shapawi Abd Rani (MTB)

NAIB KETUAAhmad Sabki Yusof (MTB)

* MTB - Menang Tanpa Bertanding

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN
(23 bertanding - 12 kerusi)
1. Riduan Mad Nor (197 undi)
2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)
3. Mohd Firdaus Jaafar (176)
4. Mohd Nazri Chik Zain (176)
5. Suhaizan Kaiat (165)
6. Nasir Zakaria (152)
7. Kamal Ashaari (145)
8. Kamaruzaman Mohamad (139)
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)
10. Mohd Adram Musa (135)
11. Abdullah Abdul Karim (127)
12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz

Wednesday, June 10, 2009

Jangan sekali-kali bersekongkol dengan Umno - Pemuda PAS

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dzulkifli Ahmad mengancam mereka yang menyertai PAS untuk mengetengahkan agenda peribadi apatah lagi untuk bersama-sama Umno-BN.

"Kita takut ada yang akan menggunakan perjuangan Islam untuk kepentingan agenda perjuangan mereka, kita mengancam golongan mereka yang melakukan tindakan sedemikian.

"Pemuda juga tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan individu yang terbabit," katanya ketika membahaskan usul mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden rampasan kuasa di Perak.

Tegasnya, tiada istilah bekerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk memandangkan PAS tidak memerlukan parti itu malah ia perlu dikuburkan.

"Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka.

"Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka," tegasnya.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai munafik dan najis dalam perjuangan ini.

"Tolonglah jangan menjadi seperti najis dalam perjuangan," ujarnya.

Beliau yang juga Pemuda PAS Pandan mengingatkan agar semua pihak khususnya mereka yang telah dipilih menduduki saf kepimpinan agar sentiasa menyedari bahawa tanpa sokongan daripada perwakilan di peringkat kawasan bahawa mereka tidak mungkin berada di tempat tersebut.

"Bak kata satu pepatah india yang berbunyi 'kamu hendaklah bekerja dan rajin dan jangan cemburu dengan jawatan orang lain' kerana mereka tidak mungkin dapat berada di sana tanpa sokongan daripada cawangan dan kawasan.

"Tidak mungkin mereka dapat menjadi wakil rakyat ataupun apa-apa tempat yang tinggi kerana kesemua itu bukanlah bergantung kepada kekuatan diri sendiri semata-mata," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahwa pimpinan perlu mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak mengadakan kerjasama dengan Umno-BN.

Sunday, June 7, 2009

PAS siap sedia hadapi pilihanraya kecil Manek Urai

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menegaskan PAS sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai Julai nanti.

Beliau menjelaskan persiapan awal dibuat memandangkan Umno begitu bersungguh-sungguh mahu menawan kerusi Dun tersebut biarpun sebelum ini parti itu tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti baru-baru ini.

Mustafa yang juga pengerusi Harakah menjelaskan, PAS tidak boleh memandang ringan saingan Umno biarpun sudah memerintah Kelantan selama 19 tahun.

"Pilihan raya kecil Manek Urai bakal menyaksikan saingan dari musuh ketat kita, Umno dan kita tidak boleh memandang ringan biarpun sudah memerintah selama 19 tahun.

"Segala strategi sudah diatur oleh PAS Pusat dan PAS Kelantan dalam menghadapi pilihan raya kecil Manek Urai," tegas beliau.

Sebagai langkah untuk melancarkan kempen dan gerak kerja menghadapi pilihan raya kecil itu, Mustafa menjelaskan pada 13 Jun nanti, wakil dari setiap negeri akan ke Manek Urai untuk meninjau kawasan yang mereka bakal bertugas.

Mengenai persiapan logistik para petugas di Manek Urai, beliau menjelaskan PAS Kelantan telah bersetuju untuk menanggung segala perbelanjaan tersebut.

Menjawab persoalan yang berbangkit tentang Harakah yang tidak memberikan ruang kepada calon-calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini, Mustafa menjelaskan arahan itu dibuat kerana masalah tidak cukup ruang untuk calon-calon berkempen.

Namun begitu jelas beliau, ruangan-ruangan tetap yang melibatkan calon -calon yang bertanding tidak dihentikan kerana ia telah lama disediakan. - mns_

Keputusan penuh pemilihan

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa (480)

Naib Presiden 1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)

Ahli Jawatankuasa Kerja

1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)>
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)

GAMBAR MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-55

Image
Image Image Image Image

Image Image Image Image Image Image

Image Image

Image Image Image Image Image Image

Image Image Image Image Image Image Image Image

Wednesday, June 3, 2009

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).