Pada 22/04/2011, Dewan Pemuda Pas Kawasa Tumpat (DPPKT) telah mengadakan menyuarat agung tahunannya buat kali ke 34 bertempat di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujuh Tumpat. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Haji Solahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.
Pada tahun ini telah diadakan pemilihan jawatankuasa yang baru pagi penggal 2011/2013. Walau bagaimanapun, jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda masih lagi disandang oleh orang yang sama iaitu Tuan Haji Mohd Rusli Abdullah dan Ustaz Haji Aumbaidillah Yusof. Manakala Naib Ketua Pemuda pula dipegang oleh Mohd. Abd. Rashid Yah menggantikan penyandang sebelum ini yang terpaksa bersara kerana telah melebihi umur kepemudaan.
Manakala lapan orang jawatankuasa turut dipilih menyaksikan ramai dikalangan yang terpilih tersebut adalah terdiri dari ahli agama atau ustaz. Ada dikalangan mereka merupakan muka lama dan ada juga muka baru yang turut mengisi jawatan tersebut.
Sebanyak enam usul telah dibahaskan dan diterima oleh perwakilan pada hari tersebut dan ianya akan diangkat kepada peringkat yang lebih tinggi untuk perhatian serta tindakan yang sewajarnya.
Tema mesyuarat agung pada kali ini adalah MEMPERKASA ANAK MUDA KE ARAH PRU 13 dianggap terbaik dan bertepatan kerana iklim sekarang yang begitu hampir dengan PRU 13 yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Semoga dengan terlantiknya jawatankuasa baru, perjalanan DPPKT untuk meneruskan perjuangan akan lebih mantap, teratur dan tersusun.