Sunday, August 31, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1429

ASSALAMUALAIKUM WM WB

Alhamdulillah Wa Shukru Lillah. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Salam perjuangan, salam ukhuwwah kepada tuan/puan, muslimin muslimat serta pemuda-pemuda sekelian.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan;

Dalam kesempatan yang ringkas ini, ana serta ajk dppkt sekelian ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh warga Tumpat tidak kira di mana ia berada.

Hayatilah Tarbiyyah Ramadhan tahun ini dengan kita semua beriltizam sungguh-sungguh melakukan amal soleh serta perbanyakkanlah sedekah, zikir serta amalan baik yang lain sementara kesempatan yang singkat ini hasil dari anugerah Yang Maha Agung.

Akhir kata, teruskan perjuangan untuk menegakkan Hakimiyah Lillah melalui wadah Parti Islam Semalaysia(PAS).

Wassalam.



Saturday, August 30, 2008

PROGRAM IHYA' RAMADHAN DPPKT 1429/2008

1. PROGRAM SINGGAH BERBUKA KE-2

  • Tarikh : 13 September 2008
  • Masa : 5.00 petang
  • Tempat : Kg Kedai Geting, DUN Pengkalan Kubor

Sinopsis
  1. Petugas akan dibahagi kepada 2 kumpulan.
  2. Kumpulan pertama akan diketuai oleh Ketua Pemuda(Ust Hj Ropein Hasan)
  3. Kumpulan kedua akan diketuai oleh Penyelia DUN(Ust Hj Wan Mohd Jamil)
  4. Program ini dikategorikan kepada 2.
  5. Kategori pertama - Ziarah rumah keluarga miskin yang telah dikenal pasti seramai 40 keluarga untuk menyampaikan sumbangan peralatan dapur serta zakat.
  6. Kategori kedua - Singgah Berbuka; Rumah yang akhir diziarahi akan dijadikan tempat untuk petugas berbuka; makanan dan minuman akan disediakan oleh pihak penganjur.

2. SOLAT TERAWIH LITAR


Minggu Pertama - DUN Wakaf Bharu
Tarikh : 5 Ramadhan (Jumaat)
Tempat : Masjid Pasar Wakaf Bharu
Peserta : AJK DPPKT, AJK Pemuda DUN, AJK Pemuda Cawangan

Minggu Kedua - DUN Pengkalan Kubor
Tarikh : 13 Ramdhan (Sabtu)
Tempat : Masjid Pantai Geting
Peserta : AJK DPPKT, AJK Pemuda DUN, AJK Pemuda Cawangan

Minggu Ketiga - DUN Kelaboran
Tarikh : 21 Ramadhan (Ahad)
Tempat : Markas PAS Kawasan Tumpat
Peserta : AJK DPPKT, AJK Pemuda DUN, AJK Pemuda Cawangan

Minggu Keempat - DUN Pasir Pekan
Tarikh : 27 Ramadhan (Sabtu)
Tempat : Pulau Telok Renjuna
Peserta : AJK DPPKT, AJK Pemuda DUN, AJK Pemuda Cawangan

Pengisian - Solat Terawih dan Tazkirah


3. IFTHOR JAMAEI

  • Bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
  • Bersama Pemuda DUN Pengkalan Kubor
  • Bersama Pemuda DUN Kelaboran
  • Bersama Pemuda DUN Pasir Pekan
  • Bersama Pemuda DUN Wakaf Bharu
  • Tarikh; Masa; Tempat akan dimaklum
  • Pengisian - Tadarrus Al-Quran, Tazkirah, Penyampaian Zakat, Berbuka dan Solat Maghrib

OPERASI SKUARD SUKARELAWAN AMRU PEMUDA TUMPAT

28 Ogos 2008, Pantai Geting - Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat dalam dalam rangka mencari Mardhotillah, berjaya menubuhkan Skuard Sukarelawan Amru Pemuda Tumpat.

Tujuan penubuhan antara lain ialah untuk merealisasikan Tema Kerajaan Negeri Kelantan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

Taklimat operasi telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda, Ust Hj Ropein Hasan.

Seramai 40 orang ahli sukarelawan yang mendaftar untuk menjadi ahli skuard. Melihat denga jumlah ahli yang memberansangkan ini, maka pihak Ketua Pemuda Tumpat merancang akan mengadakan pelancaran secara besar-besaran bagi mempromosi kepada belia-belia sekitar Pantai Geting dan Pantai Sri Tujuh bukan tempat maksiat.

WAKIL DPPKT BERTUGAS DI PR KECIL P44

24 Ogos 2008, Kg Sama Gagah - Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat sempat menghantar beberapa orang sebagai petugas di PR Kecil Permatang Pauh.

Hari membuang undi ialah pada 26 Ogos 2008(Selasa), namun suasana yang dapat dilihat tidak sepertimana paparan media cetak dan tayangan media elektronik yang menggambarkan bahawa DSAI amat tidak di sukai oleh rakyat Permatang Pauh.

Semua bangsa Melayu, Cina dan India menunjukkan sokongan yang padu terhadap DSAI.

Mungkin ini menggambarkan kepada kita bahawa UMNO memang sudah jelas tidak diterima serta sudah tidak relevan.

Namun, perjuangan demi memartabatkan Islam WAJIB diteruskan walau apa jua rintangan yang menghalang.

Wednesday, August 27, 2008

Keputusan Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh



------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini keputusan RASMI.

Anwar ,PKR 31,195 undi => pertambahan 2283 undi berbanding Mac 2008

Arif Shah, BN 15,524 undi => pengurangan 1426 undi berbanding Mac 2008


Hanafi, AKIM 92 undi => hilang wang pertaruhan

Anwar menang dengan majoriti 15,671

% Keluar Mengundi : 81.01 => dulu 81.87 pengurangan 0.86% sahaja

Dr Wan Azizah Wan Ismail, menang dahulu dengan majoriti 13,388 pada Pilihanraya Umum 8 March.

Pada pilihan raya umum 2004 pula, BN kalah dengan majoriti 590 undi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, August 23, 2008

PERJUANGAN PASCA MUKTAMAR kali ke 54

ustaznasrudin-tantawi

17 ogos 2008 menyaksi detik perpisahan para pejuang setelah berkumpul hampir 5 hari di bumi Perak yang cukup nostalgis sebagai bumi kelahiran Gerakan Islam ini .Suasana perpisahan cukup sentimental , terutama salam berpisah dengan sahabat - sahabat lama yang masih kental dan tabah dengan perjuangan suci ini.
Kesibukan harian berisi aktiviti rutin sebagai seorang pejuang menjadikan kita sukar membelah sempadan geografi biarpun ia bukanlah terlalu jauh . Muktamar sebegini , selain ia adalah medan bermuhasabah juga menepati jejak kasih antara kita .Bertemu mata , bersentuh pipi dan bersilang bahu meruntun ukhuwwah fillah antara kita , tentu sahaja menggamit rasa penuh syahdu menginsafi erti persahabatan di pentas perjuangan ini meskipun kita jarang bertemu .

Muktamar adalah himpunan tahunan yang mementaskan kembali nilai ukhuwwah dan persahabatan agar terus mekar tanpa layu dan luput walau dilanda badai perbedaan pandangan dan silang maklumat antara kita .Semangat juang demi menegakkan agama Allah dan rasa cinta kasih terhadap wadah perjuangan ini membuatkan kita tidak peduli lagi berapa lebar jurang khilaf antara kita , ianya tetap diharungi untuk menggapai kedua tangan agar kembali bersilang penuh makna , mendokong nilai persaudaraan Islam .Saya sendiri dapat menyaksikan dengan jelas wujudnya jurang perbedaan pandangan yang mungkin bertolak dari berbeza maklumat , tidak sama cara memahami dan berlainan persepsi dalam menanggapi isu yang dihadapi namun saya juga dapat melihat dengan lebih jelas bahawa segala perbezaan itu bertemu di atas nokhtah yang sama iaitu kasih dan sayang kepada wadah perjuangan Islam ini .

Realiti ini membuatkan saya menitis air mata , menginsafi kebesaran Ilahi dan rahmatNya yang cukup unik . Semoga perjuangan ini semakin mantap dan perkasa setelah ia melalui satu proses muhasabah yang telus , berani , ikhlas dan kritikal .

Saya percaya semua anggota jamaah mempunyai perasaan dan sikap yang sama . Tiada makna lagi untuk terus kita bertikaian antara satu sama lain setelah melalui proses muhasabah ini . Malah kita telah pun mengambil kata sepakat untuk terus mendokong kepimpinan ulamak serta memartabatkan majlis Syura Ulamak yang dipengerusikan oleh al Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat .Inilah masa kita mengorak langkah penuh satria mendepani apa jua bentuk tribulasi . Noktah Tasbih Kaffarah di hari akhir muktamar adalah merupakan Noktah Bismillah bagi hari mula untuk terus berjuang di sessi ini ( 08/09 ) .

Saya pada awalnya terasa juga ingin berehat seketika . Sejurus pulang dari muktamar , saya terus bergegas ke Kota Bharu untuk bersama keluarga . Dalam kepala muncul pelbagai plan lokasi untuk isterehat sehari dua sebelum kembali aktif bersama aktiviti rutin jamaah ini .

Tetapi apa yang membuatkan saya cukup terharu , pada malam itu hadhir dalam mimpi saya seorang tokoh ulama' yang sangat saya segani . Lengkap berpakaian rasmi seorang ulama' terbilang , beliau menghampiri sedang saya mendekam di tikar sejadah seraya mengusap kepala saya lalu berkata , terima kasih dan bangunlah , banyak lagi kerja jamaah yang belum selesai , siiru a'la barakatillah !Serentak itu saya tersedar dan jam sudah hampir 5 pagi . Sukar pula saya ingin melelapkan mata selepas itu .

Lagi pun waktu subuh sudah hampir dan hati saya tetiba menjadi sayu . Saya menangis semahu - mahunya . Tapi hairannya , saya sendiri tidak pasti benar untuk apa saya menangis , namun hati saya cukup sayu . Saya seperti tidak puas untuk terus bersama dengan tokoh ulama' terbilang yang sebentar tadi hadhir dalam mimpi saya . Saya terus memanggil memanggil namanya dalam esakan di awal pagi itu .

Ayah Chik .... Ayah Chik !Benar mimpi bukan penentu hukum dan saya bukanlah menetapkan apa - apa hukum dari mimpi tersebut , tetapi saya cukup terharu mengenang beratnya beban amanah yang terpaksa dipikul oleh Ayah Chik , berdepan pula dengan pelbagai mehnah dan ibtila' yang tidak sudah - sudah menerjah kepimpinan beliau .

Ayah Chik ....selagi kedua telapak kakimu melandasi perjuangan suci warisan nabi ini , aku yang kerdil tetap mengerah apa yang terdaya untuk bersama mendokong cita - cita perjuangan ini .

Orang Pertama Cium Tangan DSAI……..


oleh ulit_mayang

Menjelang 16 September 2008 , tarikh keramat yang dinanti – nantikan oleh berjuta – juta rakyat Malaysia juga oleh masyarakat antarabangsa , khususnya pelabur – pelabur , terutamanya dari Timur Tengah , kita akan dapat perhatikan nanti siapakah orang pertama yang akan tunduk dan cium tangan DSAI .

Semuanya tidak sabar , sudah terlalu lama rakyat Malaysia menanti saat ini , iaitu kemerdekaan ke-2 , dari penjajahan UMNO ke atas Negara ku Malaysia tercinta ini. UMNO benih sperma yang lahir dari tulang sulbi Inggeris , bertindak menjadi alat meneruskan dasar penjajah , dalam hampir seluruh kehidupan rakyat Negara ini , soal bahasa , pendidikan , sosial , ekonomi dan segala – galanya.

Manakala hampir tidak ada agensi dan badan kerajaan yang telah diperalatkan oleh pihak pemerintah dan regim UMNO , Polis, badan kehakiman , SPR , JKM , malah segala – galanya, guna bagi tujuan menekan dan menindas rakyat , ya rakyat yang telah memberikan amanah , melalui pilihanraya yang tidak adil.

Akhirnya rakyat terpaksa tunduk dengan kuasa kuku besi pemerintah dan regim UMNO , selama ini dan dulunya , tapi bukan lah untuk selama – salamnya, kerana ianya akan berakhir beberapa detik Cuma lagi.

Rakyat tertunggu – tunggu yang beberapa ketika ini , bagi meraikan kemerdekaan kali ke -2 ini , dengan penuh sabar.

Selama ini , bukan sedikit yang sengsara dan merana dalam pemerintahan dan regim UMNO sejak tahun 1957 hingga kini.

Tidak ada permintaan yang sangat besar dari rakyat terbanyak , Cuma cukup dengan sara hidup yang mencukupi dan tidak terlalu membebani , seperti yang dideritai sekarang ini. Bukan bunglow mewah menjadi tarikan rakyat , bukan wang berjuta menjadi idaman teramai , bukan kereta besar menjalar di jalan raya , atau pun premis dan gedung – gedung perniagaan yang melimpah ruah , tetapi cukup dengan makan , minum , persekolahan anak – anak yang tidak terlalu dibebani , juga status kesihatan percuma untuk semua warganya , itu semua sudah lebih dari cukup

Walaubagaimnanapun , ianya mungkin berbeza dari sekelompok manusia , yang sentiasa melihat dan mengintai peluang dan habuan . Mereka – mereka ini yang nanti akan berkejaran mencari dahan baru untuk berteduh , dalam usaha menambah isi katung dan tembolok masing – masing.

Peristiwa DSAI akan dikejar rapat oleh manusia – manusia ini akan dapat kita saksikan jua , siapakah mereka – mereka itu ?

Mereka ini terdiri dari golongan yang menyayangi pangkat yang sedang dipegang , yang ingin menambah koleksi harta dan kekayaan dan yang mengekalkan gaya hidup mewah

i. TDM

Sebenarnya tidak banyak pilihan yang ada pada TDM, melainkan datang dan mengucup tangan DSAI. Ini lah orang yang pertama disyakki akan datang , samada ke rumah DSAI atau Pejabat Perdana Menteri .

Terlalu banyak yang disimpan , segala jenis kejahatan dan hampir seluruh kekayaan berada di tangan TDM.

Dengan kesudian DSAI , untuk memaaf dan telah pun memaafkan TDM , maka manusia jenis TDM ini akan melakukan apa sahaja , asalkan harta dan kekayaan yang diambil , sepanjang 21 tahun memerintah , sentiasa selamat , samada dalam pegangannya , anak beranak , anak menantu atau kroni -kroninya.

Tetapi , adakah DSAI dan kerajaan Pakatan Rakyat akan bersedia memaafkan dan MENGHALALKAN semua kekayaan dan harta rakyat yang dirompak itu ?

Rakyat terbanyak menuntut setiap sen , harta dan kekayaan tersebut dikembalikan.


ii. Pak Lah

Dengan tempohnya yang singkat , sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri , Cuma 5 tahun , bermula 2003 hingga akhir 2008 , rasanya tidak lah banyak harta negara yang sempat dirompak dan dilarikan , bersama anak menantunya.

Kurang lebih , ianya mungkin sekitar 0.1% sahaja , berbanding dengan TDM yang melampaui masa selama 21 tahun. Sebenarnya sudah tidak banyak kontrak – kontrak besar di dalam atau luar negara yang masih tinggal , dan dana – dana yang masih tersimpan di Petronas , KWSP , Tabung Haji , dan lain – lain , hampir sudah kering kontang

Namun begitu , hak rakyat dan harta negara walau sebesar mana pun , harus dikembalikan. Rakyat tetap menuntut hak yang perlu diberikan kepada yang terbanyak dan yang berhak.

iii. DS Najib

Tidak diketahui , sepanjang menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri , banyak mana harta dan kekayaan yang sempat dikumpulkannya.

Tetapi , kalau berasaskan kepada beberapa isu semasa yang terjadi , yang dikaitkan dengan namanya , yang sekiranya terbukti betul dan benar nanti , rasa – rasanya agak besar juga katung yang berjaya dibinanya.

Tetapi oleh kerana beliau tidak pernah diuji dalam pendakaian poltiiknya, seperti yang disebutnya di London beberapa hari lalu , iaitu beliau sanggup dan sabar menunggu hingga berlakunya peralihan kuasa secara tertib , dalam keadaan parti yang kukuh dan kuat , dan beliau berbangga menjadi anak kepada pemimpin yang menubuhkan partinya , maknanya beliau bukanlah boleh dikategorikan sabgai seorang pejuang , sudah tentu tidak ada jati diri dan kekuatan dari dalam, maka apa akan jadi padanya menjelang 16 September nanti ?

Sudah barangkali ianya akan terjadi , mungkin beliau orang yang pertama akan tunduk dan mencium tangan DSAI , sebagai tanda hormat dan membina team politik barunya, demi menyelamatkan namanya , hartanya dan juga pangkatnya , semuanya serba mungkin.

iv. Datuk Ahmad Zahid Hamidi

Ini merupakan watak yang paling ingin lihat sendiri. Orang ini kalau tidak silap , ia akan berubah warna dan perangai mengikut keadaan dan tempat. Ianya pernah bersama – sama dengan DSAI , sewaktu dalam UMNO dulu , sebagai Ketua Pemuda , berapi – rapi mempertahankan DSAI. Lepas tu , bungkus sebaik saja dipinjamkan oleh Kem Kemunting , untuk beberapa waktu. Then , bingkas bangun menjadi Jebat menderhaka , menuduh DSAI dengan seribu satu dusta , pokoknya kerana nama , pangkat dan harta. Maka menjadilah ia seorang menteri di pejabat Perdana Menteri.

Tak tau lah pulak bagaimana sandiwaranya selepas 16 September nanti . Bagaimana wataknya pula ? Bagaimana lakun nya jadi nanti ?

Lain – lain pembesar UMNO/BN tu ramai lagi menunggu , dan boleh dikatakan tidak dapat tidak semuanya tidak akan mengelak daripada berbuat demikian , selamatkan diri dulu , kemudian pangkat dan akhirnya harta yang sempat dikumpulkan , selama berkhidmat untuk agama , bangsa dan Negara.

Tidak dapat disenaraikan , ramai dan terlalu ramai , boleh kata semua sekali lah , termasuklah semua menteri seperti hishamudin , khalid , noh , semua mneteri besar dan ketua menteri , seperti ghani , mat hasan dan lain – lain.

Selamat menyelamatkan diri , semoga selamat.

Alangkah ada baiknya , sekiranya petugas – petugas Pakatan Rakyat , bersiap sedia dengan tarikh itu , memperlengkapkan semua peralatan dan perkakasan perlu , khususnya video cam , kamera video bagi merakamkan detik – detik manis peristiwa tersebut nanti , bukan apa , Cuma sebagai satu pengajaran dan pedoman bagi 50 tahun akan datang , membawa Negara ini ke era baru , bebas dari semua jenis penjajahan.

” Saya Dah Percaya , Sekarang ” Pak Lah

Oleh ulit_mayang

Tarikh 16 September 2008 , peralihan kuasa akan berlaku , InsyaAllah. Begitulah ayat mudah dan paling ringkas yang boleh dirumuskan.

Peringkat awal timbul isu ini , hampir semua pihak dari semua peringkat pimpinan kerajaan UMNO/BN , memberikan ulasan dan komen yang sinis , iaitu tidak mempercayainya.

Berbagai ayat dengan nada negatif dihamburkan , spekulasi semata – mata , tidak mungkin , Anwar gila kuasa , Permainan politik Anwar , Orang yang kecewa dan lain – lainnya.

Walaubagaimanapun , dengan beberapa siri – siri lawatan PM ke kedua – dua negeri Sabah dan Sarawak , yang dikatakan ahli – ahli parlimennya akan melompat , seperti di bawah , menjelaskan kepada Pak Lah memang ia akan berlaku , bermakna beliau akan hilang kuasa.

i. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama 30,000 orang rakyat Sabah memeriahkan Rumah Terbuka Tadau Kaamatan 2008 di Padang Merdeka di sini, malam ini. Online Utusan Malaysia 01 Jun 2008

ii. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat oleh Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Datuk Ismail Ngah mengenai cadangan penganjuran Festival Flora dan Fauna Antarabangsa di RDC Sepilok, dekat sini, hari ini. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan. Online Utusan Malaysia 01 Jun 2008

iii. Agihan semula peruntukan RMK-9 untuk projek pembangunan luar bandar. Online Berita Harian 10/06/2008 6:32pm. SERIAN, Sarawak 10 Jun — Kerajaan akan mengagih semula peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) agar lebih banyak projek pembangunan di kawasan luar bandar dapat dilaksanakan bagi memanfaatkan penduduknya, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Kita akan memberi perhatian kepada rakyat khususnya mereka di kawasan luar bandar agar mereka turut menikmati pembangunan negara,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat di Bandar Mutiara Tebedu, 42 kilometer dari sini hari ini.
iv. Sarawak dapat tambahan peruntukan projek infrastruktur asas RM1 b. Online Berita Harian 10/06/2008 5:43pm
KUCHING 10 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada Sarawak untuk pelaksanaan projek-projek infrastruktur asas.
Adakah rakyat Malaysia keseluruhannya percaya ia akan berlaku ?
Saya yakin , rakyat Malaysia sebenarnya percaya , akan berlaku perubahan pemerintahan pada atau sebelum 16 September 2008 ini. Ini kerana majoriti daripada kita boleh mendapat akses kepada maklumat – maklumat benar dan mutakhir dengan cepat dan tepat.

Adakah penyokong Pakatan Rakyat percaya ia akan berlaku ?
Sudah tentu , ini lah yang kita semua harap dan nantikan selama ini , bukan baru – baru ini , tapi sudah lama , bagi generasi lama , mungkin sudah ada yang menunggu sejak 50 tahun dahulu lagi.


Adakah penyokong UMNO/BN percaya ia akan berlaku ?
Untuk berlaku adil , kita boleh katakan tidak semua percaya , khususnya bagi golongan pembesar mereka. Ini kerana di situlah terletaknya periuk nasi dan kekayaan yang menjadi fokus selama ini. Tetapi bagi golongan kebanyakan dan ahli biasa , sebahagian dari mereka mulai mempercayainya. Ini kerana segala kepincangan dalaman , telah terbongkar keluar , dan sudah tidak dapat dituutp lagi. Mereka ini tidak mempunyai kepentingan apa – apa dalam parti.

Untuk mengetahui samada ia akan berlaku atau tidak , satu indikator atau petunjuk paling mudah ialah ;-

i. Semak jadual penerbangan luar negara bagi bulan September dan Oktober 2008

Kalau kita menoleh kembali ke belakang , september 1998 , kemuncak reformasi , sebahagian dari sahabat – sahabat DSAI , telah bertindak keluar negara , bagi menyelamatkan gerakan reformasi

Tetapi , kali ini sekiranya 16 September betul – betul berlaku , insyaAllah , dirasakan ramai dari pembesar – pembesar UMNO/BN , termasuklah juga mereka yang bergantung rapat dengannya , seperti kontraktor – kontraktor tertentu , kroni – kroni tertentu , tidak mempunyai banyak pilihan , kecuali menyelamatkan diri , berangkat ke luar negeri........tunggu apa lagi , cabut lah.

Mungkin ada diantara tuan – tuan dan puan – puan yang budiman mempunyai rakan taulan yang bekerja di kedua – dua syarikat penerbangan , MAS dan AIRASIA. Cuba check.

Cuba perhatikan tajuk di bawah pulak

PM tiba di Sabah bagi menutup persidangan CEO antarabangsa

KOTA KINABALU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di sini hari ini untuk merasmikan majlis penutupan Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Antarabangsa Kedua 2008, hari ini. Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas kira-kira jam 3.15 petang di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan diiringi Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. BH 17 Jun 2008 , Selasa Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, anggota kabinet dan pegawai kanan kerajaan Persekutuan dan negeri serta pemimpin tempatan.
Malam ini, Abdullah dijadual menghadiri Majlis Bersama Ketua-ketua Cawangan Umno Sabah di Hotel Magellan Sutera di sini sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - Bernama . BH 17 Jun 2008....Online Berita Harian

MAJLIS MAKAN MALAM SAMBIL MENDERMA

Wednesday, August 20, 2008

KITA MERANCANG TUHAN MENENTUKAN

PILIHANRAYA KECIL P44 PERMATANG PAUH

Datuk Sri Anuar Ibrahim


Datuk Ariff Shah Hj Omar Shah

Penamaan Calon : 16 Ogos 2008

Membuang Undi : 26 Ogos 2008

Monday, August 18, 2008

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

1 Ramadhan 1429 / 1 Sept 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Kepada semua warga Tumpat

Daripada :

Ketua
Timbalan Ketua
Naib Ketua
Dan Warga
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat

  • Bulan Penuh Kerahmatan
  • Bulan Penuh Keampunan
  • Bulan Penuh Keberkatan
  • Bulan Melepaskan Dari Api Neraka
ALWAY'S READ AL-QURAN

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)

  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

ANUGERAH UKJ TERAMAI ZON TIMUR DARI JAN 2008 - JULAI 2008

Tanggal 13 Ogos 2008, Stadium Indera Mulia Perak - Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat di nobatkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai kawasan yang teramai mendaftar ahli Unit Kerja Jamaah(UKJ) bagi zon Timur.

ISU UiTM: Pemimpin mahasiswa PALING BODOH menganjurkan perhimpunan!

uitm students protest in selangor state office 130808 01Inilah pertama kali aku tengok Pemimpin Pelajar dari UiTM yang paling bodoh! Maaf la aku cakap, tapi memang cukup bodoh kerana bertindak tanpa berbincang dahulu. Disebabkan perkara yang tidak jelas, terus menganjurkan perhimpunan menentang kenyataan Menteri Besar Selangor.

Bodoh dan terus bodoh Pemimpin Mahasiswa UiTM ni. Bukan kata nak siasat dulu, tapi terus termakan dengan dakyah dari akhbar harian tajaan UMNO itu sendiri.

Walaupun aku bangga sebab mereka yang suka duduk bawah ketiak UMNO ni, dah sedar bahawa penting untuk mengadakan demonstrasi untuk menuntut sesuatu hak, tapi bagi aku, MEREKA TETAP BODOH MACAM CIPAN!!!

Mengapa la aku kata macam tu? Aku ada hujah aku sendiri:

  1. Mereka sendiri ditaja oleh HEP. Padahal HEP sendiri anti-demonstrasi. Sampai mahasiswa yang dilabel pembangkang mengadakan demonstrasi pun dituduh ekstremis. Tiba-tiba, pemimpin mahasiswa yang ditaja HEP sendiri mengadakan demonstrasi besar-besar. Memang BODOH!
  2. Mereka memaksa 5000 mahasiswa turun berdemonstrasi sampai tinggal kuliah hanya kerana cadangan seorang MB, bukannya keputusan dari kerajaan negeri. Sekali lagi aku ulang, BARU HANYA CADANGAN DARI SEORANG MB, BUKANNYA KEPUTUSAN KERAJAAN NEGERI! Mengapalah gila sangat sampai sanggup tinggal kuliah semata-mata untuk mengadakan demonstrasi? Mengapa mereka bertindak ganas dahulu baru nak berbincang? Memang BODOH!
  3. uitm students protest in selangor state office 130808 02Mereka kata mereka berdemonstrasi kerana mahu menjaga hak orang Melayu. Tapi, kalau minta data tentang pengangguran dari UiTM seluruh Malaysia, aku rasa mereka takkan dapat jawab kalau aku tanya mereka: Apa bukti yang kamu kata UiTM ni untuk membela hak orang Melayu? Tentu terkedu dengan data pengangguran mahasiswa dari UiTM tu sendiri. Memang BODOH!
  4. Setahu aku, Pemimpin Mahasiswa dari UiTM ni kebanyakannya sekepala dengan HEP. Dengan kata lain baik dengan kerajaan UMNO. Mengapa la Pemimpin Mahasiswa dari UiTM ni tidak mengusulkan kepada kerajaan pusat supaya mengambil tindakan kalau betul-betul tak puas hati. Di mana pemimpin UMNO dalam menjaga keistimewaan orang Melayu? Macam tak ada otak terus anjurkan perhimpunan tanpa usul periksa dan meminta penjelasan dari MB Selangor dulu. Memang BODOH!
  5. Kalau betul-betul nak jaga hak orang Melayu, tak perlu hanya berdemonstrasi pasal 10% bukan bumiputra masuk UiTM. Pasal harga minyak pun kena buat demonstrasi, sebab lebih 200 syarikat bumiputra terpaksa gulung tikar akibat harga minyak naik. Lepas tu pasal Pulau Batu Putih yang sudah diambil Singapore dan Pulau Pisang yang akan diambil Singapore. Mana Pemimpin Mahasiswa UiTM untuk menjaga hak orang Melayu yang tu pula? Memang BODOH!

Tak payah sembang kemas la kalau diperkudakan oleh UMNO. Sembang kemas pun tak jadi apa. Memang bangang mahasiswa UiTM ni, memang buta maklumat! Buat demonstrasi untuk menjaga kepentingan Melayu atau mahu mengukuhkan kuasa UMNO yang menghakis hak orang Melayu?

Padan muka mahasiswa UiTM, MB Selangor takkan mohon maaf. Pergi la berbincang, minta MB jelaskan apa yang berlaku sebenar. Pasni tengok la, malu la muka korang, bertindak melulu mcm takde otak. Nama je pemimpin mahasiswa, tapi BODOH nak mampus!

Aku sokong kalo nak buat demonstrasi, tapi biarlah itu jalan terakhir. Sebab tu aku suka mahasiswa pembangkang…demonstrasi adalah jalan yang terakhir. TNC UiTM memang bangang!!!

Fikir-fikirkan sebelum anda masuk UiTM…!

sumber daripada http://bmbupm.wordpress.com

Saturday, August 16, 2008

SYAABAN DAN KELEBIHANNYA

REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.

Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

KEUTAMAAN SYAABAN:

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?

  1. Memperbanyakkan puasa sunat:

i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)

v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”

  1. Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:

Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

  1. Bertaubat:

Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

MALAM NISFU SYAABAN:

Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban.

Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.

Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT DAPAT PUJIAN DARIPADA PRESIDEN PAS

Friday, 15 August 2008

Ipoh : Kejayaan Pemuda PAS menarik sokongan dan penglibatan pengundi muda dalam pilihanraya umum baru-baru ini. img_0823.jpgPetugas pilihanraya pemuda telah memberikan sumbangan besar dalam membantu PAS dalam pilihanraya yang baru sahaja berlalu mendapat pujian daripada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang sewaktu memberikan Ucapan Dasar sempena dengan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-49 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

Selain dari itu, kecekapan dan ketrampilan Jabatan Amal di bawah kelolaan Dewan Pemuda pula mendapat pujian dari pelbagai pihak di atas sikap professional dan tahap disiplin tinggi yang ditunjukkan. Sesungguhnya inilah kebanggaan kita semua, katanya.

img_0807.jpg
Oleh kerana perjuangan kita adalah satu perjuangan yang panjang yang tidak habis dengan satu generasi selagi kita berada di bumi Allah, maka mentarbiyah pemuda supaya menjadi pelapis adalah termasuk dalam agenda penting dalam parti, katanya lagi.

Kepimpinan dalam perjuangan, menurutnya, datang dan pergi, pemimpin yang lama akan digantikan dengan pemimpin yang baru. PAS telah meletakkan sebahagian besar tanggungjawab pembangunan kepimpinan PAS ke atas Dewan Pemuda. Pemudalah yang akan memastikan PAS sentiasa mempunyai barisan pelapis kepimpinan yang mencukupi serta berkeupayaan di masa depan.

Dewan Pemuda PAS diharap dapat terus berperanan sebagai organ parti yang penting dalam membantu parti bergerak dalam percaturan politik yang kian mencabar dewasa ini. Fungsi semak dan imbang (“check and balance”) harus menjadi agenda penting pemuda dalam memastikan matlamat PAS sentiasa terjaga dalam apa jua keadaan.

sumber daripada: laman web rasmi Pemuda PAS Pusat

KEUTAMAAN BULAN REJAB

Rasulullah SAW bersabda;
"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku".

Ahli syariat mengatakan, "Rejab itu terdiri dari huruf RA ertinya Rahmat, JIM ertinya Jurmul(abdi) dan BA ertinya Birru(kebaikan Allah). Maka seolah-olah Allah mengatakan, "AKu jadikan hamba-Ku di antara rahmat dan kebaikan-Ku".

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW;
"Siapa puasa pada dua puluh tujuh Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibril as turun kepada Nabi SAW di Isra'-Mikrajkan". Baginda juga bersabda; "Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung".

Dikatakan, "Allah menghias bulan-bulan itu dengan empat bulan. Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab". Itulah empat bulan haram yang disebutkan dalam Al-Quran.
"Di antara ada empat (bulan) yang mulia". (Al-Taubah : 36)

Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca surah Al-Ikhlas di Baitul Maqdis setiap bulan Rejab sebanyak dua belas ribu kali. Dia memakai pakaian bulu di bulan Rejab. Kemudian dia jatuh dan berwasiat kepada anaknya agar pakaian itu dikuburkan bersamanya. Namun ketika meninggal, dikafankan dengan kain kafan yang elok. Maka si anak bermimpi melihat ibunya berkata, "Aku tidak redha kepadamu kerana kamu tidak melakukan wasiatku". Si anak lalu terbangun dan terkejut. Kemudian anak itu mengambil pakaian bulu ibunya di situ. Dia hairan. Kemudian ada suara memanggil, "Tidakkah kau tahu, bahawa orang taat kepada-Ku di bulan Rejab, tidak akan Ku-biarkan dia sendirian di liang lahat!".

Dirawikan bahawa ketika sepertiga malam dari hari Jumaat bulan Rejab, semua Malaikat memohon diampunkan untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab.

Dari Anas ra, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW;
"Siapa puasa tiga hari dari bulan haram, dituliskan untuknya pahala ibadah sembilan ratus tahun". Dan berkata Anas ra, "Pekak sajalah kedua telinga ku jika aku tidak mendengarnya dari Nabi SAW".

Bulan yang mulia itu ada empat. Malaikat terpilih juga empat. Kita terutama yang diturunkan juga empat. Anggota wudhu' juga empat. Kalimah tasbih terutama juga empat, iaitu 'Subhanallah, Alhamdulillah, Lailaha illallah dan Allahu Akbar'. Pokok hitungan juga empat; sa, puluh, ratus dan ribu. Pokok Waktu juga empat; jam, hari, bulan, tahun. Musim juga empat; bunga, hujan, luruh dan kemarau. Watak juga empat; panas, dingin, basah dan kering. Penguasa badan juga empat; kuning, hitam, darah dan dahak. Khulafa' Ar-Rasyidin juga empat; Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.

Ad-Dailami merawikan dari Aisyah ra, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Allah menyiramkan kebaikan pada empat malam; malam Adha, malam Fitri, malam Nisfu Syaaban dan malam pertama bulan Rejab".

Ad-Dailami merawikan dari Abi Umamah dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
"Ada lima malam, tidak akan doa tertolak; malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Jumaat, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha".

Wallahu A'alam.

PEMERHATI DPPKT DI MUKTAMAR DPPP

MAJLIS PERASMIAN MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
14 OGOS 2008 RABU, 9.00 MALAM, STADIUM INDERA MULIA PERAK

Pembarisan Jabatan Amal Malaysia

Nyanyian Lagu Tema PAS & Al-Amal

Perwakilan DPPNK

Wakil Pemerhati DPPKT

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Lebih kurang 2 minggu lebih lagi Negara Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-51.

Tema hari kemerdekaan tahun ini ialah "PERPADUAN TERAS KEJAYAAN".

Friday, August 15, 2008

CALON LIWAT MALAYSIA BERSUMPAH

Masjid Wilayah, 15 Ogos 2008 Calon liwat Malaysia hari ini telah menunaikan janjinya kepada seluruh rakyat bahawa beliau akan "Bersumpah Dengan Al-Quran". Terbukti, pada 6.30 petang ini beliau telah mengotakan dengan berbuat demikian di Masjid Wilayah yang bersaksikan salah seorang Imam dan bapanya sendiri serta beberapa wartawan.

Didalam sumpah yang telah dibacakan selepas mengucap dua kalimah syahadah antara lain berbunyi "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Anuar Ibrahim pada 26 Jun 2008 yang mana Anuar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya".

Sehubungan dengan itu, pada masa yang sama beliau telah mengadakan sidang media untuk menjelaskan lagi kedudukan beliau sekarang. Banyak soalan-soalan daripada wartawan telah diajukan kepadanya. Tetapi apa yang menarik perhatian kita beliau hanya sekadar menjawab "akan memberikan keterangan di mahkamah".

Hari ini, seorang lagi rakyat Malaysia menempa sejarah gemilang, terbilang temberangnya dengan menampilkan JUARA LIWAT yang berani, tangkas serta hipokrit. Selain pada hari ini juga Lee Chong Wei berjaya mara ke peringkat akhir badminton di Beijing. Sekiranya jaguh perseorangan badminton negara Malaysia menang diperingkat akhir, maka kerajaan Malaysia akan menghadiahkan sebanyak RM 1 juta.

Walau bagaimana pun, juara liwat Malaysia akan di anugerahkan oleh kerajaan Malaysia lebih dari itu kerana telah menyelamatkan orang kedua negara yang dikaitkan dengan berbagai-bagai kes dan juga bermacam-macam hal.

Dalam dunia yang penuh dengan fana dan tipu daya ini, manusia sudah tidak takut kepada Allah. Sekiranya manusia meletakkan Agama Islam dihadapan maka tidak akan timbul kejahatan dan kekufuran daripada manusia. Lantas dengan mendaulatkan Iblis serta nafsu sebagai pedoman hidup, maka inilah natijah yang diperolehi.

Oleh yang demikian Saiful Bukhari mungkin tidak merasa apa-apa tentang sumpah yang telah dilafazkannya disebabkan oleh habuan yang ditawarkan kepadanya berbanding LAKNAT ALLAH. Orang yang tidak ada Iman memang sanggup berbuat apa saja, bukan setakat bersumpah malah lebih dari itu pun golongan ini boleh buat untuk mendapatkan ganjaran sementara di dunia.

Saiful Bukhari Azlan dikaca mata wanita Malaysia sudah tidak suci lagi. Bak kata pepatah "Kelapa yang telah ditebuk tupai". Maknanya dah tak ada "DARA" la...

Dari sudut yang lain pula, ada seorang wanita yang sanggup jadi "MAK SANGGUP" untuk berkahwin dengan Saiful. Kita tunggu dan lihat betapa kebenaran yang dinyatakan ini. Spesis wanita yang mata duitan saja yang sanggup kerana saiful ketika itu sudah bergelar JUTAWAN SEGERA dan diberi pangkat DATUK SRI.

Selagi tampok pemerintahan tidak bertukar, maka undang-undang Negara Malaysia merupakan undang-undang cerita BOLLYWOOD. Untuk menentukan pesalah bukan susah sangat.....

Buatlah... selagi ALLAH tidak memisahkan nyawa dari jasad kamu. Buat sampai QIAMAT...... Bila nafsu menjadi raja, bila iblis bermahkota.

Mudah-mudahan ALLAH TAALA sendiri yang akan mengadili antara Saiful Bukhari Azlan vs DS Anuar Ibrahim.

Kita tunggu tengok dan lihat....... Yang penting kita sendiri tingkatkan lagi mutu ibadat kita demi menjamin bahagia dunia akhirat tambah-tambah lagi kita sudah hampir dengan Ramadhan Al-Mubarak.

Sekian.

Tuesday, August 12, 2008

CERAMAH PENTAS PEMUDA "ISRA' & MIKRAJ"

Pantai Geting, 11 Ogos 2008 Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat sekali lagi dalam mempelbagaikan program telah mengadakan ceramah sempena menyambut Isra' & Mikraj bertempat di Teniat Wau.

Ketua DPPKT, Al-Fadhil Ust Hj Ropein Hasan dalam ucapan aluannya berkata; tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk menjelaskan isu-isu terkini dari pimpinan @penceramah -penceramah yang diundang khas terutamanya kepada golongan pemuda@belia.

Berceramah pada majlis tersebut ialah YB Sdr Mohd Zaki Hj Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan Al-Fadhil Ust Azman Syapawi Ab Ghani, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Gabungan penceramah muda yang ditonjolkan membuktikan bahawa Parti Islam Semalaysia (PAS) masih mempunyai pelapis bagi menghadapi parti KUNO UMNO yang semakin hari semakin rapuh dan hancur.

Keberanian, ketegasan serta kepekaan dengan isu yang dibangkitkan oleh penceramah- penceramah menunjukkan bahawa parti PAS bukanlah merupakan parti cakap kosong semata - semata. Ia merupakan fakta yang jelas untuk membuktikan penipuan, pembohongan serta macam-macam lagi parti UMNO BN.

Semoga hasrat kita semua ingin melihat UMNO berkubur di Bumi Malaysia yang tercinta ini dimakbulkan Allah Taala.



Sunday, August 10, 2008

DPPKT JEJAK PULAU BERSAMA YB DATO' AHLI PARLIMEN TUMPAT

Telok Renjuna, 19 Julai 2008

Mendengar taklimat dari
masyarakat pulau

Majlis ringkas ramah mesra
dengan masyarakat pulau

Rombongan bersama Pemuda,
Muslimat dan Nisa'

Pemimpin yang berjiwa rakyat;
sentiasa menyelami keadaan suka
duka rakyat

PERTANDINGAN MOTORSIKAL HONDA KLASIK










Tarikh : 18 Julai 2008 (Jumaat)
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Perkarangan Pasar Wakaf Bharu
Anjuran : Kelab Belia Islam Tumpat & Majlis Daerah Tumpat

Tuesday, August 5, 2008

KONSERT NASYID & MOTIVASI BERSAMA SUHAIMI

Tarikh : 18 Julai 2008 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Perkarangan Pasar Wakaf Bharu
Anjuran : MDT & Kelab Belia Islam Tumpat

YB Dato' Hj Kamaruddin Jaafar
Ust Hj Ropein Hassan
YM Tg Yusoff
Sdr Hj Mohd Rusli Abdullah

Perasmian Oleh
YB Dato' Ahli Parlimen Tumpat

Kehadiran yang ramai membuktikan
program yang buat oleh DPPKT@KBIT
diterima oleh masyarakat walaupun ada
pihak yang menafikan setiap program yang
dianjurkan tidak berjaya serta membazir peruntukan

Kumpulan Nasyid UNIC

Para hadirin kyusuk mendengar
motivasi daripada Sdr Suhaimi

Sdr Suhaimi disamping
menyampaikan motivasi
beliau juga seorang penasyid

Majlis penyampaian hadiah
disempurnakan oleh YB Dato' KJ

Monday, August 4, 2008

KEJOHANAN LUMBA KUDA TERTUTUP TUMPAT 2008

  • 12 JULAI 2008 (SABTU)
  • 9.00 PG
  • BENDANG KG PERIOK, CHABANG 4

Pimpinan Yang Hadir:-
YB Hj Che Abdullah Mat Nawi(ADUN Wakaf Bharu)
Al-Fadhil Ust Hj Ropein Hasan(Ketua DPPKT)
Sdr Che Din Mustapa(Naib Ketua DPPKT)

Pendafataran Peserta
Ust Mohd Ridhauddin Musa

Acara Pertandingan
Mengikut Kategori Yang Ditetapkan

Majlis Penyampaian Hadiah
YB Hj Che Abdullah Mat Nawi

Sunday, August 3, 2008

AHLI JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TUMPAT SESI 2007/2009


KETUA PEMUDA
Ust Hj Ropein Bin Hasan

TIMBALAN KETUA
Sdr Hj Mohd Rusli Bin Abdullah

NAIB KETUA
Sdr Che Din Bin Mustapa

SETIAUSAHA
Ust Aubaidillah Bin Yusoff

BENDAHARI
Sdr Kamazelan Bin Ab Talib

PENOLONG SETIAUSAHA
Ust Azhar Bin Ibrahim

LAJNAH PENERANGAN
Ust Muhd Afkar Bin Hanifah

LAJNAH BELIA,
PELAJAR DAN SUKAN

Ust Hj Shaharuddin Bin Yaacob

LAJNAH HAL
EHWAL REMAJA

Sdr Mohd Ab Rashid Bin Yah

LAJNAH TARBIYYAH
DAN DAKWAH

Ust Wan Fakhrulrazi Bin Wan Mahmood

PENGARAH
PASTI TUMPAT

Ust Mat Daud Bin Awang

JABATAN
AMAL TUMPAT

Sdr Mat Razali Bin Ismail

LAJNAH ICT
DAN MULTIMEDIA

Sdr Sapuan Bin Yusoff

LAJNAH KEBUDAYAAN
DAN KESENIAN

Ust Mohd Ridhauddin Bin Musa

AHLI JAWATANKUASA
Ust Hishamuddin Bin Mustapha

AHLI JAWATANKUASA
Sdr Mohd Azmi Bin Ibrahim

AHLI JAWATANKUASA
Sdr Ab Hamid Bin Jusoh

AHLI JAWATANKUASA
Ust Muhd Shukri Bin Hj Daud