Tuesday, December 29, 2009

Usrah Pemuda Kawasan


Pada 27/12/2009 (Ahad) bermula solat maghrib berjamaah, Pemuda Pas Kawasan Tumpat telah mengadakan usrah bulanannya bertempat di rumah Setiausaha, Saudara Kamazelan di Kampung Cabang Tiga Geting, Pengkalan Kubor.


Naqib usrah pada kali ini ialah Ustaz Wan Fakrulrazi yang membincangkan mengenai ayat 17 sehinga 25 surah al-Anfal. Alhamdulillah, sambutan dikalangan ajk Pemuda Kawasan cukup membanggakan serta komitmen yang telah ditunjukkan dalam perkongsian ilmu dalam usrah tersebut.



Seterusnya majlis dilanjutkan dengan mesyuarat ajk Pemuda Pas Kawasan Tumpat bagi mengemukakan laporan lajnah serta perlantikan saudara Mohd. Abd. Rashid Yah sebagai Ketua Penerangan Pemuda Pas Kawasan Tumpat bagi menggantikan Ustaz Azhar Ibrahim yang telah menarik diri dari jawatan tersebut.