Friday, September 11, 2009

Majlis Iftar & Penyampaian Zakat


Hari ini 11/09/2009 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1430, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan telah mengadakan majlis berbuka puasa (iftar) dan penyampaian zakat bertempat di Kampung Berangan, Tumpat dalam Dun Kelaboran.

Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pemuda Pas Negeri sendiri iaitu Y.B Ustaz Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman, ajk Pemuda Pas Kawasan Tumpat serta ajk Pemuda Pas Dun Kelaboran. Majlis dimulakan tadarus al-Quran dengan membaca ayat 120 - 128 Surah an- Nahl diketuai oleh Ustaz Azhar Ibrahim selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat. Kemudian ayat-ayat tersebut telah diulaskan oleh Ustaz Abdul Aziz Yusof selalu Pengelola Halaqat Kawasan Tumpat.

Kemuncaknya, ucapan atau tazkirah yang disampaikan oleh YB Ustaz Haji Abdul Latif Abdul Rahman. Beliau memetik pengajaran dari ayat-ayat tersebut mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s yang mampu melaksanakan dakwah Islamiyyah walaupun baginda bersendirian. Beliau juga menyentuh mengenai keadilan Islam yang perlu kita tegakkan. Kerana tiadalah undang-undang yang paling adil. Oleh itu kita perlu mengambil semangat yang ada pada Nabi Ibrahim a.s dalam mendepani cabaran dakwah.

Dikesempatan ini juga YB Mohd. Zaki Ibrahim selaku Adun Kelaboran juga turut memberikan sedikit tazkirah dalam majlis ini. Beliau menyentuh mengenai dakwah kepada orang bukan Islam yang perlu kita berikan perhatian kerana kita mengharapkan mereka mempunyai satu aqidah dengan kita.

Akhir sekali, majlis penyampaian zakat kepada fakir miskin dan armalah telah disempurnakan oleh YB Ustaz Haji Abdul Latif Abdul Rahman dan YB Mohd Zaki Ibrahim.