Sunday, February 22, 2009

UMNO dulu, kini & selamanya PENDERHAKA

Dilulus terbit pada Sunday, February 22 @ 08:54:15 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh pemudabesut

"Artikel asal Pemudabesut.blogspot.com

 UMNO dari DULU, KINI & SELAMANYA memang adalah PENDERHAKA kepada Raja-raja Melayu. Sudah lama UMNO menyusahkan Raja-Raja Melayu dan sudah tiba masanya kita kaum Melayu membebaskan mereka semua daripada belenggu UMNO.


Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO.



Antara PENDERHAKAAN UMNO kepada Raja-Raja Melayu ialah ulang tayang keratan akhbar lama2 yang melingkupkan kekebalan Raja2 dan menegakkan kebebalan...

Mingguan Malaysia, 11 November 1991

1. UMNO pernah meminta disiasat Harta Raja-raja.

Berita Harian 1993
2. Shahidan yang pernah dakwa tahu asal-usul Raja & sedia mendedahkan bukti takhta Sultan Kelantan masa tu. (Berita lanjut : Labun Kulup Sakah: Shahidan pun pernah derhaka dengan Sultan Kelantan?)


3. 4 Resolusi mengenai Istana yang telah dikemukakan oleh UMNO Selangor iaitu

a) Tubuh satu jawatankuasa siasat harta/projek/tanah yang diluluskan kepada Raja secara langsung @ 'kopitian cina'. (yang lain baca sendiri. Klik pada gambar & besarkan tekan ctrl & +)

5. Tuanku pernah tengok memorandum di atas tak? carilah tuanku yek? Patik pun pinjam kat otai pencinta sejarah, dia kerabat juga Tuanku, tapi digulingkan British sebab Datuk Nenek dia melawan British lalu Selangor diperintah keturunan yang lain yang tunduk dengan British Tuanku.
6. Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan. Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta. Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membantu Allahyarham Tuanku Jaafar. Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini. biar terlingkup habis bank ini.


7. Di Terengganu, penyokong Idris Jusoh berang dan melakukan demo yang terpapar kami mahukan Deris, "natang" (binatang). Kata-kata kesat itu ditujukan kepada penghulu Raja-Raja Melayu tak lain dan tak bukan Sultan Mizan yang juga Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukankah ini juga derhaka kelas yang tertinggi.

8. Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana. Pada 29 April 1993, Anuar ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menabal Tengku Ibrahim Petra di majlis pemasyhuran Anugerah Kecemerlangan Indera Petra. Tengku Ibrahim pula disebutnya sebagai orang yang paling layak menduduki takhta kesultanan Kelantan disambut kira-kira 4000 orang penyokonh UMNO di padang sebuah sekolah di Ketereh


9. Satu Malaya tahu Mat Taib@Mat Tyson, bekas MB Selangor larikan Ku Yah (adik Sultan Selangor sekarang) ke Siam dan berkahwin di sana. Punyalah samseng Ketua Penerangan UMNO sekarang, tak lain tak bukan Mat Tyson. Tok heran kenapa Sultan Selangor tak tarik balik pingat kebesarannya dan usir keluar Mat Tyson dari Selangor. Melarikan adik Sultan dah kira tahap derhaka paling teratas dan sukar dimaafkan.

10. Jangan dilupakan bagaimana UMNO merobek kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dulu


11. MB UMNO PERAK sebenarnya lebih dahulu adalah PENDERHAKA

(Petikan & gambar diubahsuai dari kulupsakah.blogspot.com & perisik-rakyat.com)

Saturday, February 21, 2009

Najib punca istana diheret ke kancah politik

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno/BN yang sengaja mengheret istana ke kancah politik demi kepentingan politik mereka.

"Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka.

"Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini, katanya.

Mahfuz melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi yang mempertahankan 'rampasan kuasa' di Perak, sebaliknya menyalahkan Speaker Dun Perak sebagai menghina Sultan.

Sedangkan, apa yang dilakukan Speaker Dun Perak adalah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, katanya.

"Siapa yang mulakan rampasan kuasa dengan menggunakan Istana, siapa yang menggunakan istana membenarkan pelantikan Menteri Besar dengan tidak mengikut peruntukan undang tubuh kerajaan negeri? Image

"Kini Umno/BN mahu menyalahkan Pakatan Rakyat. Saya kesal dengan kenyataan PM yang menyatakan Speaker menghina Sultan, sepatutnya diakhir pemerintahannya, PM perlu menunjukkan keazaman yang tinggi membersihkan nama beliau yang tercalar kerana permainan dalaman Umno sendiri," katanya.

Mahfuz seterusnya meminta Raja-raja Melayu agar tidak terjerat dengan permainan politik Umno ini kerana semuanya adalah untuk kepentingan politik Najib.

"Jangan nanti rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja-raja digunakan untuk kepentingan politik. Raja-raja seharusnya dilihat 'neutral'," sarannya._


Thursday, February 19, 2009

FREINDLY FUTSAL DPPKT vs UPNK


TARIKH : 16 FEBUARI 2009
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN FUTSAL KOTA, PINTU GENG





Sunday, February 15, 2009

SPR BACHUL KERANA MELAMBATKAN PROSES PRK PARLIMEN BUKIT GANTANG & DUN BUKIT SELAMBAU - BAGI LALUAN UMNO SUSUN STRATEGI

7 April pilihan raya, 29 Mac penamaan calon: Jom bertugas.!
Dilulus terbit pada Sunday, February 15 @ 12:00:00 MYT oleh TokPenghulu
Berita Oleh BaDanG_PeRKasa

" PUTRAJAYA 13 Feb. – Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak pada 7 April ini.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil tersebut ditetapkan pada 29 Mac ini sekali gus memberikan peluang kepada calon dan parti yang akan bertanding berkempen selama sembilan hari. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof selepas mempengerusi mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil tersebut di sini hari ini.

Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang (N.59) diadakan setelah penyandangnya, Roslan Shaharum dari Pas meninggal dunia pada 9 Februari lalu.

Kerusi DUN Bukit Selambau pula disahkan kosong setelah wakil rakyatnya, V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 8 Februari lalu dan menghilangkan diri sehingga hari ini.

Bagi melicinkan proses pengundian, Abdul Aziz berkata, SPR menyediakan 32 pusat mengundi dengan 111 saluran mengundi di kawasan P.59, manakala N.25 melibatkan 22 pusat mengundi dengan 64 saluran mengundi. Sehubungan itu, katanya, SPR memutuskan tempat penamaan calon dan pusat pengiraan undi bagi Parlimen Bukit Gantang di Dewan Perbandaran Majlis Perbandaran Taiping, manakala DUN Bukit Selambau di Dewan Sekolah Menengah Teknik Satu, Sungai Petani.

Jelas beliau, ia selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan pilihan raya kecil perlu diadakan bagi mengisi kekosongan luar jangka dua kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari.

BAHANG PILIHANRAYA KECIL SUDAH BERMULA...!!

MARI LA KITA SAMA-SAMA BERTUGAS BAGI MEMBERIKAN KEJAYAAN BESAR BUAT PAKATAN RAKYAT (PR)..!!

KEMENANGAN PR DI PILIHANRAYA KECIL NI JUGAK BAKAL MEMBERIKAN IMPAK YANG BESAR KEPADA KERAJAAN ANGKUH UMNO DAN BARISAN NASIONAL SETELAH APA YANG BERLAKU DI PERAK.

BUAT CT AJIB BINTI CT AJAK (NAMPAK JANTAN TAPI BACHUL)..!!

KAMI AKAN PASTIKAN KEMENANGAN DI 2 BUKIT NI DAN MEMASTIKAN ANDA, UMNO DAN BN TERUS TERKUBUR DI LAUTAN..

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERJUANGAN KITA BERSAMA. AMIN..

TAKBIRR....!!!!! ALLAHUAKBAR....!!!
"

Saturday, February 14, 2009

MISI CAKNO PALESTIN

SELAMATKAN PALESTIN
PROGRAM KUTIPAN DERMA MISI CAKNO PALESTIN
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TUMPAT
----------------------------------------------------------------------------------------------
TARIKH : 13 FEBUARI 2009 (JUMAAT)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : KEDAI BEBAS CUKAI, PENGKALAN KUBOR

MISI SEBELUMNYA:-

DUN WAKAF BHARU
1) Pasar Besar Wakaf Bharu ; 23 Jan 2009
2) Masjid An-Nur ; 23 Jan 2009
3) Pasar Besar Wakaf Bharu ; 6 Feb 2009

DUN PASIR PEKAN
1) Masjid Selehor ; 21 Jan 2009
2) Pasar Minggu Kok Majid ; 24 Jan 2009
3) Kedai Kg Laut ; 27 Jan 2009

DUN PENGKALAN KUBOR
1) Kedai Geting ; 6 Feb 2009
2) Kawasan Bebas Cukai ; 13 Feb 2009

DUN KELABORAN
1) Pasar Besar Tumpat ; 6 Feb 2009
2) Pasar Malam Berangan & Bandar Tumpat


Ucapan aluan daripada KP DPPKT


Ucapan semangat daripada YB Zaki Ibrahim


Petugas Pemuda DUN Pengkalan Kubor sedang mendengar taklimat


Penderma daripada berbagai peringkat


Berteduh seketika daripada panas mentari pagi


Penderma daripada kaum Muslimat


Ucapan daripada wakil peniaga KBC


Tidak ketinggalan daripada golongan kanak-kanak


Juga daripada golongan remaja


Asuhan daripada kecil pupuk suka menderma amat penting kepada mereka yang bergelar ibubapa

Monday, February 9, 2009

PERINGATAN KEPADA NAJIB & UMNO PERAK

Ketua serta seluruh Ahlijawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham Hj Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Diharap keluarga Allahyarham dapat bersabar dengan ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Mungkin ada hikmah disebalik dengan ujian ini.

Justeru kepada semua warga Pemuda PAS Kawasan Tumpat, kita akan diuji lagi oleh Allah SWT dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang maka JIHAD kita menentang UMNO BN akan bermula bila-bila masa. Tinggal lagi kita harus bersedia dengan gerak kerja yang mantap dan sempurna sepertimana PRK Permatang Pauh dan juga PRK Kuala Terengganu.

Jangan kita alpa dengan tanggungjawab kita sebagai pejuang ISLAM. Bersedialah kita bertempur di PRK Bukit Gantang dengan seikhlas yang mungkin, disana Allah bersama-sama dengan kita menentang KUFFAR.

Disamping itu juga NAJIB & UMNO BN PERAK jangan terlalu angkuh dang bongkak dengan kuasa yang dipinjamkan Allah yang sementara. Ingat!!! Peringatan dari Allah SWT. Balasan yang kamu akan terima nanti.

Wahai pemuda-pemuda seluruh negara umumnya dan seluruh Tumpat khasnya. Marilah kita bersatu hati menentang kezaliman UMNO BN LAKNATULLAH di PRK Bukit Gantang yang akan bermula pada bila-bila masa dari sekarang. Kita runtuhkan keangkuhan mereka yang menzalimi RAKYAT PERAK. Kita hancurkan kezaliman pemimpin yang mencabul hak RAKYAT PERAK.

INSYA'ALLAH, kita semua sama-sama berdoa kehadrat Ilahi agar Allah mengurniakan KEMENANGAN kepada PEJUANG ISLAM demi menebus kembali maruah RAKYAT PERAK.

Takbir...........


Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

BATU GAJAH ,9 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Shaharudin mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Trong dan Sepetang.

"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

"Apa-apa maklumat terkini saya akan sampaikan," kata Shaharudin ketika dihubungi semasa dalam perjalanannya ke Batu Gajah.

Difahamkan wakil rakyat berusia 50 tahun itu dikatakan telah menghantar keretanya ke sebuah pusat cucian kereta berhampiran rumahnya di Changkat Lalang dekat Batu Gajah.

Kemudian, selepas mengadu sakit dada beliau meminjam basikal milik pekerja pusat tersebut untuk ke farmasi bagi mendapatkan ubat.

Roslan, 50, ditemui terjatuh di bahu jalan oleh ramai kira-kira pukul 11.15 pagi, kata Ketua Polis Batu Gajah, ACP Najib Mohamad.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memberitahu kira-kira pukul 1.20 tengah hari bahawa jenazah berada di Hospital Batu Gajah.

Roslan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Pentadbiran di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan pernah juga berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan Universiti Teknologi Mara di Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan mempunyai 11 orang anak.

Malam tadi difahamkan semasa perhimpunan rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Allahyarham kelihatan seperti biasa, bergurau berjenaka bersama rakan-rakan yang lain. Beliau yang juga pengamal pengubatan Syifaq amat disenangi oleh kawan dan lawan kata seorang kenalan.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Sunday, February 8, 2009

Pemuda PAS Perak akan berperang habis-habisan

TAIPING, 8 Feb (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Perak telah bertekad untuk menumbangkan penubuhan 'kerajaan haram Umno-BN' di negeri ini dengan habis-habisan.

Keputusan berani dan drastik itu telah dibuat dengan persetujuan sebulat suara oleh Dewan Pemuda PAS Perak yang bersidang sempena majlis Usrah di Markas Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini malam tadi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Haji Nor Azli Musa menyatakan perbuatan Umno-BN tiada bersopan merampas secara jijik serta licik yang sama seperti merompak di siang hari sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ketika sedang disayangi dan popular di kalangan rakyat berbilang kaum.

"Tindakan tersebut adalah amat mengecewakan rakyat di mana mereka telah bersusah payah untuk mengundi memilih Pakatan Rakyat tetapi dengan tiba-tiba telah dihancurkan idaman murni itu ke dalam pimpinan yang rakus dan kejam terhadap rakyat,"tegasnya.

Dari itu, Nor Azli menyatakan pihak pemuda tidak akan berdiam diri apabila hak kuasa rakyat itu dinodai sewenang-wenangnya malah akan diperangi kesnya di mahkamah hingga berjaya.

"Kami Pemuda tidak gentar berhadapan ke mana sahaja untuk menegakkan keadilan dan kesucian maruah kerajaan Pakatan Rakyat yang telah pun hampir usianya sebelas bulan dimusnahkan dalam sekelip mata oleh pemimpin yang gila kuasa tanpa maruah diri,"tegas Nor Azli.