Wednesday, October 29, 2008

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA PARLIMEN TUMPAT

28 Syawal, Isnin - Majlis sambutan hari raya Parlimen Tumpat pada tahun ini diraikan dengan cukup meriah sekali.

AJK Pemuda Kawasan Tumpat yang diketuai oleh Al-Fadhil Ust Hj Ropein Hasan ditugaskan sebagai penyambut tetamu. Dijangkakan seramai lebih 10 ribu orang diseluruh pelosok parlimen tumpat yang hadir untuk menikmati juadah dan jamuan yang disediakan serta tidak kurang juga yang datang untuk bertemu mata dengan pemimpin rakyat, YB Dato' Hj kamaruddin Jaafar dan juga pimpinan yang lain.

Antara pemuda yang bertugas ialah Pemuda DUN Pengkalan Kubor ditugaskan dikhemah penyediaan air minum manakala Pemuda DUN Wakaf Bharu ditugaskan untuk mempastikan air basuh tangan sentiasa mencukupi. Sementara Pemuda DUN Kelaboran dan Pasir Pekan, masing - masing ditugaskan sebagai bentara(jo kako) yang mana bidang tugas bagi mempastikan bekalan nasi dan lauk mencukupi kepada tetamu yang hadir.

Majlis dijangka berakhir lebih kurang jam 3.00 petang.



Sunday, October 5, 2008

HULUR BANTUAN, RINGANKAN BEBAN

29 Ramadhan 1429, Kg Pengkalan Nangka - Di saat-saat akhir Ramadhan ramai yang bergembira untuk menyambut hari raya. Namun ada dikalangan mereka yang dilanda duka.

Bagi Anak arwah Puan Norazan, raya tahun ini tidak memberi erti kepadanya serta adik-beradik mereka kerana Ibu mereka telah dipanggil Allah justeru ditimpa pokok kayu tepi jalan. Arwah ibunya mati ditempat kejadian akibat daripada mendapat kecedaraan yang parah di kepala.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat, Al-Fadhil Ust Hj Ropein Hasan, usaha untuk membantu masyarakat seumpama ini harus diketengahkan demi meringankan beban mangsa-mangsa yang malang seumpama dengannya.

Mungkin dengan bantuan yang dihulurkan, keluarga mangsa dapat berkongsi kegembiraan di hari raya yang akan disambut pada sehari dua lagi.