
 Oleh pemudabesut
UMNO dari DULU, KINI & SELAMANYA memang adalah PENDERHAKA kepada Raja-raja Melayu. Sudah lama UMNO menyusahkan Raja-Raja Melayu dan sudah tiba masanya kita kaum Melayu membebaskan mereka semua daripada belenggu UMNO.
Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO.
3. 4 Resolusi mengenai Istana yang telah dikemukakan oleh UMNO Selangor iaitu
5. Tuanku pernah tengok memorandum di atas tak? carilah tuanku yek? Patik pun pinjam kat otai pencinta sejarah, dia kerabat juga Tuanku, tapi digulingkan British sebab Datuk Nenek dia melawan British lalu Selangor diperintah keturunan yang lain yang tunduk dengan British Tuanku.
6. Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan. Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta. Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membantu Allahyarham Tuanku Jaafar. Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini. biar terlingkup habis bank ini.
8. Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana. Pada 29 April 1993, Anuar ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menabal Tengku Ibrahim Petra di majlis pemasyhuran Anugerah Kecemerlangan Indera Petra. Tengku Ibrahim pula disebutnya sebagai orang yang paling layak menduduki takhta kesultanan Kelantan disambut kira-kira 4000 orang penyokonh UMNO di padang sebuah sekolah di Ketereh


KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno/BN yang sengaja mengheret istana ke kancah politik demi kepentingan politik mereka. "Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka. "Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini, katanya. Mahfuz melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi yang mempertahankan 'rampasan kuasa' di Perak, sebaliknya menyalahkan Speaker Dun Perak sebagai menghina Sultan. Sedangkan, apa yang dilakukan Speaker Dun Perak adalah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, katanya. "Siapa yang mulakan rampasan kuasa dengan menggunakan Istana, siapa yang menggunakan istana membenarkan pelantikan Menteri Besar dengan tidak mengikut peruntukan undang tubuh kerajaan negeri?  "Kini Umno/BN mahu menyalahkan Pakatan Rakyat. Saya kesal dengan kenyataan PM yang menyatakan Speaker menghina Sultan, sepatutnya diakhir pemerintahannya, PM perlu menunjukkan keazaman yang tinggi membersihkan nama beliau yang tercalar kerana permainan dalaman Umno sendiri," katanya. Mahfuz seterusnya meminta Raja-raja Melayu agar tidak terjerat dengan permainan politik Umno ini kerana semuanya adalah untuk kepentingan politik Najib. "Jangan nanti rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja-raja digunakan untuk kepentingan politik. Raja-raja seharusnya dilihat 'neutral'," sarannya._  | 
 Oleh BaDanG_PeRKasa
PUTRAJAYA 13 Feb. – Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak pada 7 April ini.Penamaan calon bagi pilihan raya kecil tersebut ditetapkan pada 29 Mac ini sekali gus memberikan peluang kepada calon dan parti yang akan bertanding berkempen selama sembilan hari. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof selepas mempengerusi mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil tersebut di sini hari ini.
Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang (N.59) diadakan setelah penyandangnya, Roslan Shaharum dari Pas meninggal dunia pada 9 Februari lalu.
Kerusi DUN Bukit Selambau pula disahkan kosong setelah wakil rakyatnya, V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 8 Februari lalu dan menghilangkan diri sehingga hari ini.
Bagi melicinkan proses pengundian, Abdul Aziz berkata, SPR menyediakan 32 pusat mengundi dengan 111 saluran mengundi di kawasan P.59, manakala N.25 melibatkan 22 pusat mengundi dengan 64 saluran mengundi. Sehubungan itu, katanya, SPR memutuskan tempat penamaan calon dan pusat pengiraan undi bagi Parlimen Bukit Gantang di Dewan Perbandaran Majlis Perbandaran Taiping, manakala DUN Bukit Selambau di Dewan Sekolah Menengah Teknik Satu, Sungai Petani.
Jelas beliau, ia selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan pilihan raya kecil perlu diadakan bagi mengisi kekosongan luar jangka dua kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari.
BAHANG PILIHANRAYA KECIL SUDAH BERMULA...!!
Ketua serta seluruh Ahlijawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham Hj Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang.
  | ||
|          TAIPING, 8 Feb (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Perak telah bertekad untuk menumbangkan penubuhan 'kerajaan haram Umno-BN' di negeri ini dengan habis-habisan. Keputusan berani dan drastik itu telah dibuat dengan persetujuan sebulat suara oleh Dewan Pemuda PAS Perak yang bersidang sempena majlis Usrah di Markas Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini malam tadi.  Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Haji Nor Azli Musa menyatakan perbuatan Umno-BN tiada bersopan merampas secara jijik serta licik yang sama seperti merompak di siang hari sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ketika sedang disayangi dan popular di kalangan rakyat berbilang kaum. "Tindakan tersebut adalah amat mengecewakan rakyat di mana mereka telah bersusah payah untuk mengundi memilih Pakatan Rakyat tetapi dengan tiba-tiba telah dihancurkan idaman murni itu ke dalam pimpinan yang rakus dan kejam terhadap rakyat,"tegasnya. Dari itu, Nor Azli menyatakan pihak pemuda tidak akan berdiam diri apabila hak kuasa rakyat itu dinodai sewenang-wenangnya malah akan diperangi kesnya di mahkamah hingga berjaya. "Kami Pemuda tidak gentar berhadapan ke mana sahaja untuk menegakkan keadilan dan kesucian maruah kerajaan Pakatan Rakyat yang telah pun hampir usianya sebelas bulan dimusnahkan dalam sekelip mata oleh pemimpin yang gila kuasa tanpa maruah diri,"tegas Nor Azli.  |