Sunday, May 31, 2009

PAS lancar jentera pilihan raya Dun Manek Urai

Kuala Krai, 31 Mei : - Suasana pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai kini semakin rancak. PAS telah melancarkan jentera kempennya pada hari Jumaat lepas, 29 Mei 2009 bertempat di PASTI Kampung Manek Urai Baru.

Pelancarannya disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira jam 3 petang bertempat di bangunan Pasti.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, sebelum itu Menteri Besar akan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Laloh.

"Pada majlis pelancaran jentera tersebut juga akan diadakan majlis penyampaian pampasan skim Takaful Kifalah kepada 50 keluarga warga emas yang telah meninggal dunia," katanya di sini.

Sementara itu Umno juga mulai berkempen dengan naik turun rumah penduduk.

Seorang penduduk di Kampung Chuchuh Puteri mendakwa petugas Umno terbabit menawarkan mesin menebas dan pam racun secara percuma kepada mereka.

Katanya, penduduk juga dijanjikan dengan pelbagai bantuan lain dengan syarat memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya kecil 14 Julai depan.

Hari penamaan calon pilihan raya tersebut pula pada 6 Julai. Pilihan raya terbabit diadakan berikutan kematian Adun, Haji Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.

Wednesday, May 27, 2009

KETUA KAMPUNG SAMAN KERAJAAN HARAM BN

Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan PR seluruh Perak telah menfailkan saman ke atas Kerajaan Negeri Perak kira-kira jam 11 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Ipoh. Saman tersebut telah dikemukakan oleh En. Mohd Ridzuan Asit yang mewakili kesemua Ketua Kampung seluruh Perak.

Semua Ketua Kampung telahpun dilantik oleh Kerajaan PR pada 7.8.2008 sehingga 31.7.2010. Tetapi perkhidmatan mereka semua telah ditamatkan berkuatkuasa pada 16.4.2009 yang lalu.

Dalam saman yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kampung, mereka menuntut perintah Certiorari bagi membatalkan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka, menuntut perintah mandamus yang mewajibkan kerajaan untuk melantik semula Ketua-ketua Kampung, menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah, menuntut perintah injunksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung, menuntut injunksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampong dari digunakan oleh BN semata-mata,menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan menuntut suatu siasatan dan taksiran gantirugi kepada pemohon.

Dato' Seri Hj Nizar, YB Ngeh Ko Ham, YB Zainuddin dan ADUN-ADUN PR serta pimpinan PR yang lain turut hadir memberi sokongan moral dan semangat kepada Ketua-ketua Kampung.

Mogok lapar: 8 MP, ADUN ditahan

Lapan wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.

Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut.

Kelima-lima ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

Saturday, May 23, 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN MANEK URAI BAKAL TIBA

UMNO BN akan membazir banyak wang menjelang PRK Manek Urai. Pembangunan Mee Segera akan melimpah ruah sedikit masa lagi.

Manek Urai akan dibina Universiti, Kilang-Kilang Mega dan bermacam-macam pembangunan lagi. Kita tunggu dan lihat betul atau tidak suara-suara pemimpin UMNO BN yang akan berbohong kepada rakyat Manek Urai apabila tempoh ditetapkan nanti.

Kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang tak ada taring dan bangsat, kami mengalu-alukan kedatangan anda. Kita berlawan sebagai anak jantan.

Kami akan tunggu kehadiran dan akan pastikan jentera pemuda UMNO BN lumpuh seperti orang yang terkena "ANGIN AHMAR".

Kalau PRK DUN Penanti, pemimpin UMNO kata permainan pembangkang. Nah...sekarang tiba giliran anak kelantan. Mau lawan ka....


ADUN MANEK URAI (POKSU WEIL) MENINGGAL DUNIA


TG NIK Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat jenazah Allahyarham Ismail Yaacob (gambar kecil) di Kuala Krai, Kelantan, semalam.

KUALA KRAI 22 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pagi ini selepas dirawat di hospital berkenaan sejak hujung bulan lepas.


Ismail yang lebih dikenali sebagai 'Pak Su We'a' di kalangan penduduk kawasan berkenaan menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan dua orang anaknya kira-kira pukul 5.55 pagi selepas menderita sakit jantung dan kencing manis dan darah tinggi.


Isteri Allahyarham, Siti Zaharah Ibrahim, 58, berkata, sejak empat tahun lalu, suaminya sering berulang-alik ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.


Kata beliau, suaminya dirawat di wad hospital itu kira-kira sebulan lalu apabila penyakit yang dihidapinya semakin teruk sehingga sebelah kakinya terpaksa dipotong pada minggu lepas.


"Sebelum ini, arwah pernah berkata kepada saya bahawa beliau amat berharap untuk menjalankan tugasnya sebagai ADUN sehingga habis penggal ini, tetapi hasratnya tidak kesampaian.


"Saya bersedia dan reda menerima kenyataan ini kerana allahyarham telah menderita sakit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 11 orang anak, lima perempuan serta enam lelaki berusia antara 17 sehingga 35 tahun.


Jenazah allahyarham dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Manek Urai Lama di sini hari ini.


Turut hadir Menteri Besar, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengimamkan solat jenazah; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Nassaruddin Daud; Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.


Ismail yang mewakili Pas memenangi kerusi DUN Manek Urai sejak pilihan raya umum pada tahun 1986.


Beliau merupakan ADUN yang paling lama berkhidmat di negeri ini selepas Nik Abdul Aziz.


Bagaimanapun, pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak dicalonkan untuk kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim yang tewas kepada wakil BN, Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 53 undi.


Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai telah dipilih semula untuk mewakili Pas di kawasan itu untuk Pilihan Raya Umum Ke-12.


Allahyarham yang memperoleh 5,746 undi menewaskan Mohamed Zulkifli yang memperoleh 4,394 undi.


Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang turut mempunyai DUN Dabong, Guchil dan Mengkembang.


Monday, May 18, 2009

MAJLIS JASA MU DIKENANG

TARIKH : 14 MEI 2009 (KHAMIS)
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : SUITE B09, CHALET PANTAI SRI 7

Menunggu ajk lain yang masih dalam perjalanan


Mendengar taklimat mantan KP DPPKT, Ust Hj Ropein Hasan


Majlis dipengerusikan oleh Timbalan KP


Mantan Ketua Penerangan sesi lepas, Ust Mohd Afkar Hanifah


Ucapan aluan KP, Hj Rosli Abdullah


Ucapan penghormatan mantan KP sesi lepas


Mantan ajk, Abe Mat Penghulu Kubang Sawa


Ketua Penerangan menerima sijil perlantikan


KP menerima sijil perlantikan

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KELANTAN KE-51

TARIKH : 9 MEI 2009 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : PERDANA RESORT, PANTAI CAHAYA BULAN

Pendaftaran Perwakilan DPPKT


Ucapan Terakhir Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan


Antara Perwakilan Yang Hadir:-
1) Ust Aubaidillah Yusoff
2) Che Din Mustapha
3) Kamazelan Abd Talib
4) Ust Azhar Ibrahim
5) Ust Mat Daud Awang
6) Mohd Ab Rashid Yah
7) Ab Hamid Jusoh
8) Rostam Che Mat


Menunggu masa untuk masuk ke dewan